Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif perlu untuk menghentik­an kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak, lindungi kanak-kanak lain: Fatimah

-

KUCHING: Program kesedaran mengenai kesalahan atau perbuatan seksual terhadap kanak-kanak perlu diadakan di peringkat sekolah, khususnya sekolah rendah di negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, program itu adalah penting untuk memberi kefahaman kepada kanak-kanak sekolah mengenai perkara tersebut.

“Kementeria­n kami menerusi Majlis Pembanguna­n Sosial ( MPS) dan Persatuan Wanita Untuk Wanita Sarawak ( SWWS) telah melaksanak­an banyak program kesedaran secara berterusan berkaitan dengan topik ini.

“Antaranya, apa yang se- lamat untuk disentuh, apa yang perlu dilakukan apabila berdepan dengan situasi seperti ini, undang-undang yang berkaitan Akta Kesalahan Seksual Terhadap KanakKanak 2017 dan sebagainya.

“Justeru, kami amat mengalu-alukan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) sekolah untuk melaksanak­an inisiatif ini di sekolah masing-masing,” katanya menerusi kenyataan semalam susulan kes pencabulan melibatkan murid perempuan di sebuah sekolah rendah di Miri, baru-baru ini.

Terdahulu, Fatimah mengucapka­n syabas kepada pengadu pertama iaitu ibu mangsa yang tampil membuat laporan kes kepada guru besar pada 3 April, disusuli laporan polis atas nasihat guru besar sekolah berkenaan.

Fatimah turut mengucap- kan syabas kepada guru besar terbabit yang bertindak menasihatk­an ibu mangsa untuk membuat laporan polis bagi menghentik­an dan mencegah kes daripada berulang serta melindungi kanak- kanak lain.

“Seperti ibu bapa mangsa, saya sendiri juga berasa marah dengan perbuatan terkutuk guru terbabit.

“Ibu bapa berhak untuk rasa marah kerana kepercayaa­n yang mereka berikan kepada guru terbabit telah dikhianati dan mangsa menderita bukan sahaja dari sudut fizikal, malah emosi dan juga psikologi.

“Ibu bapa mahukan keadilan untuk anak-anak mereka dan kami di kementeria­n juga mahu perbuatan ini ditamatkan,” katanya.

Fatimah turut mengucapka­n syabas kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak yang diketuai Datuk Dev Kumar atas tindakan pantas mereka.

Kecekapan pihak polis ini katanya, sekali gus memberi keyakinan kepada ibu bapa dan orang awam bahawa sistem perundanga­n berpihak kepada mereka dan keadilan akan terlaksana.

Justeru, kami amat mengalu-alukan pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) sekolah untuk melaksanak­an inisiatif ini di sekolah masing-masing. Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Huang bersama para pelajar SMK Sungai Paoh yang menerima bantuan pakaian seragam sekolah.
RINGANKAN BEBAN: Huang bersama para pelajar SMK Sungai Paoh yang menerima bantuan pakaian seragam sekolah.
 ??  ?? FATIMAH
FATIMAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia