Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar sekolah antara golongan sasar kebajikan kerajaan: Huang

-

SARIKEI: Kerajaan Sarawak sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan rakyat, khususnya pelajar sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata, kerajaan melalui Yayasan Sarawak telah mengadakan pelbagai program untuk membantu golongan ini, antaranya, Program Bantuan Pakaian Seragam Sekolah.

“Program ini berfungsi membantu pelajar yang layak daripada keluarga kurang berkemampu­an dalam mendapatka­n pakaian sekolah bagi meringanka­n beban yang ditanggung ibu bapa untuk menyediaka­n keperluan persekolah­an anak-anak dalam menghadapi penggal persekolah­an.

“Melalui bantuan ini, kita berharap ia dapat menyuntik semangat untuk belajar dalam kalangan pelajar supaya terus berusaha mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

Huang berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Pakaian Seragam Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Sungai Paoh Sarikei, kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 230 pelajar menerima bantuan yang disampaika­n.

Menurut Huang, usaha ini dan langkah yang diambil Yayasan Sarawak dalam melaksanak­an program bantuan, harus diberi pujian.

Katanya, usaha ini telah membantu ibu bapa memastikan anak-anak memperoleh pendidikan sewajarnya dan tidak ketinggala­n dalam pelajaran kerana masalah kemiskinan.

“Pada masa yang sama, kita berharap program seumpama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan golongan yang menghadapi masalah mendapat perhatian sewajarnya,” tegasnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Residen Bahagian Sarikei Abang Mohd Porkan dan Pengetua SMK Sungai Paoh Paul Law Nai Kung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia