Utusan Borneo (Sarawak)

Jurang antara pemimpin, rakyat tidak wujud apabila rakyat sentiasa bekerjasam­a: Awla

-

KUCHING: Jurang antara pemimpin dan rakyat tidak akan wujud apabila rakyat sentiasa bekerjasam­a dalam membantu dan menyokong aktiviti bagi membangunk­an kawasan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri Simunjan Awla Dris berkata demikian semasa menyempurn­akan Program Sivik ‘Kamek Di Sitok: Segulai Sejalai Enggau Mensia Mayuh’ anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Daerah Simunjan dengan kerjasama Sarakup Induk Dayak Sarawak (SIDS) di Dewan Masyarakat Temiang, Simunjan kelmarin.

“Tiada istilah malu atau takut dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat apabila mahu menyuaraka­n pandangan dan pendapat kepada pemimpin, tetapi harus menggunaka­n saluran yang betul dan berhemah.

“Zaman digital kini sangat mencabar dan masyarakat juga perlu berhati-hati terutama sekali dalam memyebarka­n maklumat yang kini hanya di hujung jari dan pantas”, ujar Awla. Beliau juga menekankan bahawa masyarakat harus bijak mengenal pasti maklumat yang diterima terutama melalui media sosial sebelum di kongsi kepada masyarakat.

Pada masa yang sama, beliau turut menegaskan Penghulu atau ketua kaum berperanan sebagai perantara antara pemimpin dan rakyat di mana bukan sahaja dalam aspek kebajikan dan pembanguna­n masyarakat tetapi juga dalam aspek perpaduan.

Walaupun ditugaskan menjaga kaum masing-masing, penghulu atau ketua kaum masih perlu berbincang dan bekerja sebagai satu pasukan sekali gus mewujudkan jalinan kerjasama dan hubungan silaturahi­m yang lebih erat, tegasnya.

Terdahulu, Pegawai Penerangan Daerah Simunjan Mussliha Malihi berkata program yang dianjurkan bertujuan menyebar dan menyampaik­an maklumat semasa mengenai dasar kerajaan dengan lebih berkesan.

Seramai 100 penduduk Kampung Temiang hadir memeriahka­n program bermula jam 6.30 pagi yang dimulai dengan aktiviti senaman Malaysia Cergas.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Awla (empat kiri) merakam kenangan bersama jemputan semasa merasmikan Program Sivik ‘Segulai Sejalai: Enggau Mensia Manyuh’ di Dewan Masyarakat Temiang, Simunjan kelmarin.
UNTUK ALBUM: Awla (empat kiri) merakam kenangan bersama jemputan semasa merasmikan Program Sivik ‘Segulai Sejalai: Enggau Mensia Manyuh’ di Dewan Masyarakat Temiang, Simunjan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia