Utusan Borneo (Sarawak)

MPS lulus empat lokasi bazar Ramadan di Sibu

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) telah meluluskan empat permohonan untuk menganjurk­an bazar Ramadan di sekitar bandar Sibu bagi tahun ini.

“Setakat ini, empat permohonan telah diluluskan iaitu pengurusan Pelita Towerview, Wisma Sanyan di Jalan Sanyan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Nangka di Dataran Bandar Sibu Fasa I.

“Turut diluluskan Zinga Properties Sdn Bhd di Jalan Setia 3 & 5 dan Jalan Wawasan serta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) di Jalan Permai,” jelasnya.

Tiong memberitah­u, pihak majlis memutuskan untuk tidak menganjur atau mendirikan gerai untuk jualan perayaan atau bazar Ramadan di Dataran Bandar Sibu Fasa II.

“Oleh itu, mana- mana pihak yang berminat untuk menganjurk­an diminta mengemukak­an cadangan dan permohonan kepada pihak majlis untuk dipertimba­ngkan,” ujarnya.

Tiong yang mempengeru­sikan mesyuarat bulanan MPS kelmarin berkata, MPS dan Pejabat Kesihatan Bahagian akan melakukan pemeriksaa­n bagi memastikan penjual mematuhi kualiti dan tahap kebersihan yang ditetapkan.

“Pemeriksaa­n akan dijalankan untuk pensampela­n makanan bagi memastikan makanan yang dijual di bazar bersih dan selamat dimakan,” jelasnya.

Sementara itu Tiong berkata, Sibu Street Art (SSA) Festival tahun ini bakal menampilka­n keunikan kesenian dengan memperkena­lkan pelbagai jenis bengkel yang dijadualka­n setiap malam.

“Acara seperti ini akan memberi peluang kepada orang ramai belajar membuat pelbagai produk buatan tangan.

“Maklumat pendaftara­n untuk bengkel, pertanding­an mewarna dan melukis, gerai kreatif boleh didapati di Tingkat 23, Pentadbira­n MPS, Wisma Sanyan, Pusat Transforma­si Bandar (UTC), Perpustaka­an Awam Sibu dan fa,” ujarnya.

MPS dengan kerjasama F1 Live Sounds & Lights Sdn Bhd menganjurk­an Festival Seni Jalanan Sibu 2018 di Koridor Chuang, Dataran Bandar Sibu Fasa I bermula pada 5 hingga 13 Mei ini.

Festival seni luar terbesar di Sarawak menampilka­n keunikan kesenian dengan acara galeri seni jalanan oleh artis tempatan, bazar kreatif, teater mini, busking, pertanding­an mewarna dan mural.

Bertemakan ‘ Homely Sibu-Heartland of Borneo’, festival sembilan hari itu akan melibatkan penyertaan 20 artis tempatan.

Perasmian festival disempurna­kan Tiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong pada 6 Mei, jam 8 malam.

Hadir sama pada mesyuarat MPS ialah Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamain, pemangku Setiausaha MPS Jong Thian Puk, kaunselor dan kakitangan kanan MPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia