Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak syarikat yang gah hanya tinggal nama kerana tidak cemerlang

-

KUCHING: Banyak syarikat di negara ini yang gah sebelum ini, sekarang hanya tinggal nama kerana tidak cemerlang.

Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia ( MPC) Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid berkata sesetengah organisasi atau syarikat perniagaan gah sebelum ini kerana wujud dasar kerajaan yang menyokong operasi mereka sehingga aspek kecemerlan­gan tidak diberi perhatian.

“Mungkin sesetengah syarikat perniagaan boleh mendapat keuntungan dengan adanya dasar- dasar kerajaan yang menyokong serta melindungi operasi mereka.

“Apabila dasar ini di- mansuhkan, lama-kelamaan syarikat berkenaan tidak mampu bersaing dan bertahan kerana tidak cemerlang. Inilah yang berlaku kepada syarikat yang gah sebelum ini, sekarang hanya tinggal nama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Bengkel Kecemerlan­gan Perniagaan (BE101) - Alat Untuk Kelestaria­n Organisasi di sini kelmarin.

Tengku Azmi berkata organisasi yang tidak cemerlang takut bersaing dengan syarikat lain sama ada di peringkat negeri, negara mahupun antarabang­sa.

“Bagi organisasi awam, mereka mungkin selamat berbanding swasta cuma jika ia tidak cemerlang perkhidmat­an yang diberikan tidak berkesan malah kurang rel- evan dengan keperluan semasa,” ujarnya.

Menurutnya organisasi cemerlang harus mempunyai tujuh ciri utama iaitu mempunyai matlamat dan hala tuju jelas, sistem komunikasi berkesan, jelas, telus dan proaktif, membudayak­an memberi dan menerima maklum balas, menerima dan menghormat­i perbezaan dalam kalangan pekerja, semangat berpasukan tinggi, mementingk­an keterlibat­an dan kesetiaan pekerja dan mengutamak­an kerjaya serta pembanguna­n kemahiran pekerja.

Mengakui ia bukan suatu yang mudah untuk dicapai oleh sesebuah organisasi, MPC katanya aktif BE-101 di seluruh negeri untuk membantu mewujudkan organisasi cemerlang di Sarawak.

Tahun ini katanya, MPC akan menganjurk­an 10 BE101 di Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dengan menyaasark­an 100 peserta.

Beliau berkata setakat ini 64 peserta dari organisasi awam dan swasta telah mengesahka­n penyertaan.

BE- 101 diperkenal­kan dengan mengguna pakai rangka kerja kecemerlan­gan perniagaan lebih spesifik iaitu Rangka Kerja Kecemerlan­gan Perniagaan Malaysia (MBEF).

“Fokus MBEF ialah melestarik­an organisasi, baik awam atau swasta dengan melahirkan organisasi cemerlang.

“Kelestaria­n bukan sahaja merujuk kepada keuntungan bagi organisasi perniagaan tetapi mampu kekal relevan dalam mendepani cabaran,” jelasnya.

 ??  ?? UNTUK KECEMERLAN­GAN: Tengku Azmi (duduk, tengah) bergambar bersama peserta BE-101 serta tetamu kehormat lain pada majlis penutupan bengkel itu, kelmarin.
UNTUK KECEMERLAN­GAN: Tengku Azmi (duduk, tengah) bergambar bersama peserta BE-101 serta tetamu kehormat lain pada majlis penutupan bengkel itu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia