Utusan Borneo (Sarawak)

Sudah bersedia ditentang Larry Sng yang dijangka bertanding sebagai calon Bebas

- Oleh Andy Sabang

LAWAS: Calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding untuk kerusi Parlimen Lawas, Danny Piri berhasrat mahu suara masyarakat Lawas didengar di Parlimen sekiranya terpilih menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14) ini.

Danny, 39, berkata, banyak lagi masalah-masalah di kawasan parlimen ini tidak diketengah­kan dan dibawa berhujah di Parlimen.

“Sudah tiba masanya penduduk Lawas memilih orang muda untuk mewakili mereka dan menjalanka­n tanggungja­wab membawa hasrat penduduk sini ke peringkat kerajaan persekutua­n.

“Hasrat saya adalah agar Lawas boleh menjadi seperti bahagian dan daerah lain di Sarawak yang mempunyai kemudahan lengkap seperti hospital yang canggih, sekolah- sekolah berasrama, dan institut pengajian tinggi,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Jelas Danny lagi, jika diberikan kepercayaa­n menjadi ahli Parlimen Lawas, beliau akan memastikan pelbagai projek pembanguna­n akan dibawa masuk ke Lawas.

Dalam pada itu, Danny yang merupakan anak jati Lawas tidak menyangka akan dipilih oleh pucuk pimpinan PH bagi mewakili parti tersebut untuk bertanding di kerusi parlimen berkenaan.

“Sebelum pengumuman rasmi dibuat, memang ada dua hingga tiga nama termasuk saya sendiri dicalonkan untuk dipilih mewakili PH bagi kerusi ini.

“Saya baharu mengetahui nama saya dipilih ketika sidang media mengenai senarai calon PH bagi kerusi-kerusi Parlimen di Sarawak pada Rabu lepas, sekali gus menerima watikah pelantikan tersebut,” katanya.

Danny yang pertama kali dicalonkan untuk bertanding bagi mewakili PH ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengkomput­eran dari Asia Pacific University.

Sebelum menceburi bidang politik, Danny mempunyai pengalaman sebanyak 20 tahun dalam bidang sumber manusia di pelbagai syarikat tempatan. SIBU: Sungguh pun mengetahui persaingan semakin sengit termasuk bakal ditentang seorang calon Bebas dalam mempertaha­nkan kerusi Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum tetap tidak gusar.

Salang yang merupakan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS) dicalonkan semula bagi mempertaha­nkan kerusi itu untuk penggal kelima.

Katanya, beliau sudah bersedia ditentang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Larry Sng Wei Shien yang dijangka bertanding sebagai calon Bebas.

“Saya tidak berasa tergugat.

“Ini kerana hanya pengundi yang menentukan siapa antara kami yang layak menjadi wakil rakyat kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada sesi bertemu rakyat di Rumah Angat Libau di Garu, Sebangkoi di sini, semalam.

Menurut Salang, sekiranya rakyat memilih menyokong Barisan Nasional ( BN), mereka akan mempunyai perwakilan lebih kuat dan berkesan dalam kerajaan untuk tempoh lima tahun lagi.

Bagaimanap­un sekiranya Larry menjadi pilihan, beliau bimbang mereka akan ketinggala­n dari segi pembanguna­n dan sebagainya.

Tambah beliau lagi, kumpulan pembangkan­g juga seringkali membangkit­kan isu-isu yang tidak benar untuk mempengaru­hi rakyat, selain turut menabur banyak janji bagi meraih undi.

“Jangan begitu mudah masuk ke dalam perangkap mereka kerana menyebabka­n generasi anda nanti menderita,” jelas beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong Datuk Ding Kuong Hing yang turut berucap pada majlis tersebut menyeru rakyat di Parlimen Julau agar memberi sokongan penuh kepada Salang.

Beliau berkata, Parti Rakyat Sarawak Bersatu (SUPP) akan berada di belakang pencalonan Salang kerana beliau mewakili BN.

Saya tidak berasa tergugat. Ini kerana hanya pengundi yang menentukan siapa antara kami yang layak menjadi wakil rakyat kepada mereka. Datuk Joseph Salang Gandum Setiausaha Agung PRS

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Salang (dua kiri) bersalaman dengan Ketua Wanita PRS Wanita Pakan di Rh Anggat pagi semalam. Turut kelihatan Ding (kiri).
SELAMAT DATANG: Salang (dua kiri) bersalaman dengan Ketua Wanita PRS Wanita Pakan di Rh Anggat pagi semalam. Turut kelihatan Ding (kiri).
 ??  ?? DANNY
DANNY
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia