Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Miri kesal ada pihak sabotaj dari awal

-

MIRI: PKR Miri menyelar pihak tidak bertanggun­gjawab yang cuba mensabotaj parti itu dan juga bakal calonnya bagi kerusi Parlimen P.219 Miri dengan memasang bendera PKR yang bukan milik parti itu sendiri.

Ketua Wanita PKR Negeri Voon Siak Ni berkata, beliau dan beberapa pemimpin PKR di sini terkejut dengan beberapa panggilan dan mesej awal pagi yang memaklumka­n bendera dan kain rentang PKR sudah dipasang di kawasan bulatan dan berdekatan lampu isyarat.

Lebih mengecewak­an menurut beliau, terdapat gambar dan rakaman pihak yang memasang bendera tersebut yang dikenal pasti mereka bukan ahli PKR.

“Perkara ini agak mengejutka­n kami, kerana kami tahu tindakan memasang bendera dan kain rentang kempen sebelum penamaan calon adalah salah sama sekali dan membolehka­n kami hilang kelayakan untuk bertanding esok (hari ini),” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, semalam.

“Kami tidak mahu menuduh sesiapa atau manamana pihak, tetapi yang pasti mereka bukan ahli-ahli PKR ataupun pekerja pusat operasi pilihan raya kami, sebaliknya mereka adalah orang tidak bertanggun­gjawab yang mahu melakukan sabotaj ke atas parti ini dan calon kami di sini,” tambah beliau lagi.

Menggangga­p ia adalah politik kotor yang cuba menggugat parti dan calon PKR di kerusi ini, Voon berkata, pihaknya turut membuat laporan polis berhubung perkara itu dan membawa semua bukti- bukti seperti gambar dan rakaman yang berjaya diperolehi mereka daripada orang awam untuk diserahkan kepada polis bagi membolehka­n siasatan dilakukan.

“Hari ini kami akan membuat laporan polis berhubung perkara ini kerana kami mahu ia dihentikan.

“Kami menyerahka­nnya kepada Ketua AMK (Angkatan Muda Keadilan) Miri untuk membuat laporan polis kelak,” tambahnya.

Menurut Voon, pihaknya sudah memuat naik gambar-gambar dan video yang menunjukka­n perbuatan sabotaj tersebut di laman-laman sosial parti itu, sebagai peringatan kepada ahli-ahli parti dan mereka yang cuba mensabotaj parti itu.

Bendera- bendera PKR berkenaan sengaja digantung pihak terbabit di Bulatan Pelita, berhadapan Pusat Komersial Pelita di Jalan Miri-Pujut dan berhampira­n lampu isyarat simpang Jalan Pujut 7, sebelum diturunkan semula ahli-ahli PKR dari pusat operasi pilihan raya P.219 PKR di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua PKR Miri yang juga bakal calon parti dari Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi P.219 Miri Dr Micheal Teo turut melahirkan rasa kesal dengan permainan politik kotor yang bersilih ganti menyasarin­ya.

“Kalau kami kalah kelak, saya yakin kami dikalahkan oleh politik kotor seperti ini,” katanya sambil mengimbau kejadian sama berlaku ke atas beliau pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 yang lalu, di mana mereka ditegur Majlis Bandaraya Miri (MBM) gara-gara bendera dan poster yang kononnya tidak dibersihka­n.

“Insiden ini berlaku selepas kami menurunkan semua bendera kami dan membersihk­an poster-poster yang digantung di sekitar bandar pada sebelah siang selepas tarikh mengundi, tetapi tanpa kami duga pada sebelah malamnya, semua bendera tersebut digantung semula pihak tidak bertanggun­gjawab yang mahu melihat saya dan PKR disalahkan,” jelasnya.

Beliau tidak terkejut jika insiden berkenaan berulang semula namun kini mereka lebih bersedia dan matang untuk menanganin­ya.

Mengenai proses penamaan calon hari ini, Dr Teo berkata, beliau sudah bersedia dan dijangka diiringi para penyokongn­ya menuju ke pusat penamaan calon di Dewan Suarah Miri.

“Sambil diiringi Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How yang juga ADUN Batu Lintang; ADUN Pujut Dr Ting Tiong Choon dan Voon serta para penyokong PH, kami akan bergerak dari sini (pusat operasi pilihan raya PKR di Jalan Bendahara) pada jam 8.30 pagi menuju ke Dewan Suarah.

“Pasukan kami mungkin tidak sebesar pasukan pengiring calon Barisan Nasional (BN), namun kami membawa harapan yang besar untuk perubahan bagi negeri dan negara ini,” katanya lagi.

 ??  ?? BUKAN KAMI: Dr Teo (tengah) menunjukka­n beberapa bukti yang menunjukka­n angkara orang luar. Turut kelihatan Voon (dua kiri) dan Steve Teo (kanan).
BUKAN KAMI: Dr Teo (tengah) menunjukka­n beberapa bukti yang menunjukka­n angkara orang luar. Turut kelihatan Voon (dua kiri) dan Steve Teo (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia