Utusan Borneo (Sarawak)

Calon tanpa perancanga­n untuk kawasan tidak harus dipilih

-

SIBU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen P212 Sibu Dato Andrew Wong Kee Yew mahu pengundi bertanya kepada calon yang bertanding mengenai perancanga­n mereka untuk kawasan yang ditandingi, sebelum mereka (pengundi) memutus untuk memilih calon terbabit.

Menurut Andrew, calon yang tidak mempunyai rancangan ibarat tidak mempunyai permulaan atau hala tuju jelas dalam apa yang hendak dilakukan setelah terpilih.

“Jika calon ini tidak mempunyai permulaan, kita harus mempertimb­angkan sama ada mahu terus memilih mereka kerana tidak mungkin mereka dapat membawa pembanguna­n walaupun setelah terpilih nanti,” ujarnya ketika berucap pada majlis makan malam anjuran Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Pelawan, malam kelmarin.

Hadir sama ialah Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh serta Pengerusi UPP Pelawan Datuk Janet Lau.

Andrew berkata, beliau merangka Rancangan Sibu 1 (RS1) bermula 2018 hingga 2022 sebagai sebahagian daripada usaha membangunk­an bandar dan luar bandar ini.

Katanya, Sibu berhadapan banyak masalah seperti kesesakan lalulintas, infrastruk­tur dan sebagainya.

“Jika saya terpilih, saya akan berusaha menyelesai­kan masalah-masalah ini dalam masa lima tahun,” jelas bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) itu.

Menurut Andrew, ketika menjadi Timbalan pengerusi MPS, banyak aduan diterima daripada orang awam mengenai masalah jalan raya.

Namun katanya, dalam masa dua tahun setengah, beliau berjaya menaik taraf lebih 600 jalan raya di Sibu.

“Sebagai Timbalan Pengerusi MPS ketika itu, adalah menjadi tanggungja­wab saya mengatasi masalah yang dibangkitk­an orang ramai.

“Namun sebagai ahli Parlimen, adalah tugas ahli Parlimen membawa pembanguna­n ke kawasan yang diwakili,” ujarnya.

Sementara itu, Lau ketika berucap pada majlis tersebut menyeru penduduk Sibu memberi peluang kepada Andrew untuk menjadi wakil rakyat mereka.

“Jika terpilih, beliau pasti akan membawa lebih banyak pembanguna­n yang akan memberi faedah kepada penduduk di Sibu,” ujarnya.

Lau juga menyeru pengundi Cina di Parlimen Sibu, terutama di kawasan DUN Pelawan agar membuat pilihan dengan bijak pada 9 Mei ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia