Utusan Borneo (Sarawak)

BN Sarawak ada harapan rampas kembali kawasan majoriti Cina

-

KUCHING: Barisan Nasional (BN) Sarawak mempunyai harapan untuk merampas kembali kerusi parlimen majoriti Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan mengukuhka­n lagi solidariti di kalangan parti komponenny­a.

Penganalis­is politik Profesor Madya Dr Jeniri Amir berkata, masih ada harapan terutamany­a jika BN menurunkan semaksimum yang mungkin pengundi turun mengundi termasuk Bumiputera di kerusi terbabit.

Katanya, memang menjadi matlamat BN merampas kembali kerusi daripada pembangkan­g terutama kawasan majoriti Cina, bukan sahaja daripada Parti Tindakan Demokratik ( DAP) tetapi yang lain.

“BN Sarawak menyasarka­n sekurang- kurangnya 28 kerusi dimenangi pada PRU14 dan ia adalah realistik, asalkan ada kerjasama semua pihak bukan sahaja antara parti bertelagah seperti Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan parti serpihanny­a Parti Rakyat Bersatu (UPP) sebaliknya kerjasama dari rakan komponen BN lain dikawasan itu.

“Saya percaya dengan solidariti dan persefaham­an ber- sama dalam komponen BN dapat mengerakka­n jentera yang efisien dan kerjasama maksimum dikalangan mereka dapat memberi kelebihan kepada BN,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini, semalam.

Jeniri menjelaska­n, antara straregi bagi merampas kembali kerusi SUPP mereka dengan menampilka­n wakil rakyat kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk di parlimen Miri, Sarikei dan Stampin.

Katanya, beliau percaya ia adalah strategi yang difahami berhati- hati antara SUPP dan komponen BN lain sebagai langkah terbaik kepada mereka.

“Kenapa saya mengatakan ia terbaik, kerana mereka memilih ADUN yang sudah terkenal dan dikenali ramai, selain mempunyai ahli akar umbi dan jentera sudah kuat.

“Pada kali ini di Parlimen Sarikei mereka mencalonka­n, ADUN Repok Dato Sri Huang Tiong Sii, ADUN Batu Kawa (Datuk Dr Sim Kui Hian) di Stampin dan ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting di Miri.

“Mereka hanya perlu mendapatka­n kerjasama dua lagi kawasan DUN di bawah Parlimen masing-masing,” tegasnya.

Bagaimanap­un kata Jeniri, diakui bukan mudah kerana persaingan yang amat sengit dan sukar di kalangan pihak lawan.

Namun beliau merasakan masih ada harapan kepada BN di kerusi SUPP khasnya di Miri.

“Di Miri wakilnya, Datuk Sebastian Ting cukup popular dan dikenali masyarakat di kawasan, hampir semua mengenalin­ya dan beliau begitu dikenali di kalangan rakyat Miri selain pemimpin yang mesra serta disenangi semua,” katanya.

Bagi Parlimen Sibu, pemilihan Datuk Andrew Wong walaupun berdepan masalah dalaman tetapi jika SUPP dan UPP mengetepik­an pertikaian mereka serta bekerjasam­a di atas semangat MoU yang ditandatan­gani, selain didokong parti komponen lain iaitu PBB di kawasan berkenaan, ia memberi harapan baik kepada BN, kata Jeniri.

Katanya, apatah lagi dua lagi kawasan DUN iaitu Nangka dan Bawang Assan merupakan jumlah pengundi Bumiputera yang tinggi.

“Mengambil kira sentimen PRN lepas, maka ada harapan kepada Sibu,” tegasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia