Utusan Borneo (Sarawak)

Ding nafi tampil sebagai calon Bebas di Baram

-

MIRI: Ketua DAP Baram Michael Ding Tuah menafikan beliau akan bertanding di kerusi Parlimen P.220 Baram sebagai calon Bebas.

Bercakap kepada Utusan Borneo di sini semalam, beliau mengatakan bahawa beliau amat menghormat­i keputusan Pakatan Harapan (PH) yang mahu mengelakka­n banyak pertanding­an di salah satu kerusi panas di utara negeri ini.

“Dalam masa yang sama, kita mahu memberi laluan kepada calon yang dipersetuj­ui PH iaitu Roland Engan daripada PKR, untuk menentang calon Barisan Nasional (BN) daripada PDP Anyi Ngau yang juga penyandang kerusi Baram,” katanya.

“Seperti juga penyokong yang lain, kami berharap untuk menyaksika­n pertanding­an satu lawan satu antara keduadua mereka,” katanya sambil memberitah­u, beliau masih ahli DAP Baram dan tidak akan mengkhiana­ti pakatan yang terjalin.

Bagaimanap­un sebagai warga Baram Ding berkata, tidak kira siapa yang menang atau perikatan mana yang akan berkuasa, sama ada BN atau PH, beliau mahu wakil rakyat Baram diberi penghormat­an dan kedudukan di Dewan Negara kelak.

“Jika Anyi yang menang dan BN kembali memerintah, kita mahu supaya beliau (Anyi) diberi kedudukan sebagai menteri kabinet, sekurangku­rangnya timbalan menteri.

“Begitu juga jika Roland yang menang dengan PH memerintah negara, kita mahu kerajaan baharu itu memberikan beliau jawatan menteri penuh, sebagai penghargaa­n kepada perjuangan masyarakat di Baram sebelum ini,” katanya lagi.

Ini kerana katanya, Baram masih jauh ketinggala­n dan memerlukan perhatian yang serius serta pembanguna­n saksama.

Pelantikan wakil rakyatnya sebagai salah seorang menteri kabinet di peringkat pusat kelak akan membantu dan memberi kelebihan kepada konstituen­si Baram.

Beliau yang masih berada di Johor ketika ini kerana bertugas, memberitah­u pada dasarnya menyokong PH, namun siapa pun jua yang menang kelak, mereka perlu bersuara untuk rakyat di Baram dan membangunk­an Baram.

 ??  ?? DING
DING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia