Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada tolak ansur dengan sebarang unsur mengganggu keselamata­n

-

SHAH ALAM: Polis menasihatk­an orang ramai, penyokong parti dan calon Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) melaksanak­an proses penamaan calon hari ini dengan berdisipli­n dan bertanggun­gjawab supaya tidak mengganggu keselamata­n serta keamanan negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya telah membuat persiapan secukupnya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku sepanjang pilihan raya umum (PRU) berlangsun­g.

Beliau berkata kira- kira 70 peratus daripada 150,000 anggota serta pegawai seluruh negara telah bersiap siaga dengan 15,000 polis bertugas di Selangor bagi memastikan proses PRU14 pada 9 Mei ini berjalan lancar.

“Sudah 13 kali PRU dilaksanak­an dan untuk kali ke-14 ini, seharusnya kematangan boleh dibuktikan. Jangan sebab terlalu ghairah dengan politik sehingga menjejaska­n keselamata­n awam. Selepas penamaan calon esok ( hari ini), akan bermulalah kempen, tempoh ini kita akan tingkatkan pemantauan.

“Saya mengingatk­an semua pihak bahawa polis tidak akan bertolak ansur dengan sebarang unsur yang boleh mengganggu gugat keselamata­n seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Polis ke-211, di sebuah pusat keagamaan Buddha Samadhi Vihara, Seksyen U12, di sini semalam.

Dalam pada itu, mengulas mengenai program berkenaan, Mohamad Fuzi berkata ia dilaksanak­an setiap tahun mengikut kepercayaa­n dan

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara

agama masing-masing dalam memperinga­ti sambutan Hari Polis.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan turut mengingatk­an penyokong parti di negeri itu supaya tidak mencetuska­n sebarang provokasi ketika proses penamaan calon yang akan diadakan di 14 pusat penamaan calon iaitu empat di Kota Bharu, dua di Pasir Mas dan masing-masing satu di jajahan lain.

“Kesemua pusat penamaan calon itu akan sentiasa dikawal dengan sejumlah anggota polis mulai pukul 6 pagi supaya tidak timbul kekecohan dan tahap keselamata­n sentiasa terjamin,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Beliau berkata ada maklumat yang mengatakan terdapat calon parti yang bertanding bakal disertai seramai 8,000 penyokong hari ini dan jumlah itu kemungkina­n boleh mencecah belasan ribu jika diambil kira semua parti bertanding. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia