Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi bijak kuatkan Sarawak: Kelvin

-

SIBU: Pengundi di kawasan Parlimen Lanang amnya masyarakat Cina diingatkan supaya bijak membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) ini.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lanang Kelvin Kong berkata, ini penting bagi menjadikan Sarawak lebih kuat serta mempunyai suara lantang di peringkat kerajaan pusat.

“Kita mahu masyarakat Cina berfikir untuk masa depan mereka dan menentukan masa depan anak dan cucu mereka ke arah yang lebih kukuh di bawah pentadbira­n kerajaan BN.

“Justeru, kita mengajak masyarakat Cina kembali bersama SUPP-BN untuk misi kita merampas semula kerusi Parlimen Lanang pada kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Malam Gerakan Bersama Calon BN Parlimen Lanang dan pelancaran trak kempen SUPP di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah dua veteran SUPP Datuk David Teng dan Datuk Mathew Che, Timbalan Presiden II SUPP Chieng Buong Toon, Ketua Pemuda SUPP Michael Tiang, Setiausaha Politik Ketua Menteri Daniel Bujal serta ahli-ahli parti yang lain.

Kelvin berkata, sudah tiba masanya untuk SUPP di Lanang bangkit dan melupakan kegagalan yang lalu.

“SUPP kini telah berwajah baharu dan ayuh kita bangkit untuk mencapai kemenangan di Lanang pada kali ini,” tegasnya yang juga Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong.

Beliau memberitah­u, adalah penting untuk kerusi Parlimen Lanang dimenangi BN bagi membantu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menuntut balik hak- hak autonomi negeri ini yang terhakis selama ini.

“Kita berharap SUPP bangkit dan terus bersemanga­t untuk misi kita.

“Saya percaya dengan semangat Sa’ati seperti slogan parti, SUPP mampu berubah selepas ini dengan semangat perpaduan di dalam ahli-ahlinya,” tambah beliau lagi.

Sementara itu, beliau juga turut membawa semua ahli veteran SUPP yang pernah menyumbang kepada parti itu terdahulu untuk bersama- sama mencapai misi merampas kerusi Parlimen Lanang kali ini.

“Kita jangan meminggirk­an mereka yang pernah berjasa kepada parti dan kita bawa mereka ke dalam SUPP kerana mereka sangat penting dan berpengala­man,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia