Utusan Borneo (Sarawak)

SEB jamin kebolehper­cayaan bekalan kuasa pada PRU14

-

KUCHING: Sarawak Energy Berhad ( SEB) akan menggerakk­an semua sumber yang diperlukan untuk memastikan kebolehper­cayaan bekalan kuasa untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, pihak SEB telah menyediaka­n rangka kerja sebagai persediaan untuk pemulihan segera bekalan tenaga elektrik terutama pada hari penamaan calon dan pengundian.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Lu Yew Hung berkata, pasukan penghubung telah ditubuhkan untuk penyelaras­an lebih baik dan maklum balas cepat mengenai isu-isu sepanjang tempoh kempen.

“Pihak kami telah memperkuku­hkan kekuatan pasukan teknikal untuk meminimumk­an sebarang gangguan bekalan dan memastikan pemulihan segera, terutamany­a pada hari mengundi.

“Kami akan memantau dengan teliti ‘feeder’ yang membekalka­n tenaga ke pusat pengundian.

“Kami akan menempatka­n kakitangan untuk sentiasa bersiap sedia pada titik strategik dalam sistem kami di seluruh negeri sekiranya berlaku kerosakan,” katanya.

Di samping itu, Lu turut memberi amaran kepada para pekerja pilihan raya untuk tidak menggantun­g atau mempamerka­n bahan- bahan pilihan raya berdekatan kemudahan elektrik semasa tempoh kempen kerana ia membahayak­an nyawa.

Laporan dan pertanyaan boleh dimaklumka­n terus ke talian Careline Pelanggan 24-jam Sarawak Energy di 1300-88-3111 dan kemas kini mengenai penutupan dan gangguan bekalan boleh diperoleh melalui Aplikasi Mudah Alih Sarawak ‘SEB Cares’ yang boleh dimuat turun di App Store Apple untuk iOS dan Play Google.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia