Utusan Borneo (Sarawak)

Warga Sibuti ingin terus nikmati pembanguna­n pesat

-

MIRI: Penduduk setempat mahu terus menikmati pembanguna­n yang memberi manfaat kepada rakyatnya di konstuensi Sibuti di bawah calon baharu yang dipilih Barisan Nasional (BN).

Seorang peniaga di tamu, Norzana Edris, 53, mengakui Bekenu antara kawasan di Sibuti yang berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu dan wawasan kerajaan bagi membawa Bekenu ke tahap lebih baik jelas kelihatan.

“Kerajaan BN mahu yang terbaik untuk rakyat dan itulah yang telah mereka lakukan.

“Saya bersyukur dengan kemudahan yang telah diberikan sekarang, dan berharap akan terus menikmati manfaat sebegini,” jelasnya ketika ditemui di pasar tamu Pusat Tranformas­i Luar Bandar (RTC) Sibuti di sini, semalam.

Ketika diminta mengulas mengenai calon BN yang dipilih bagi kerusi Sibuti, Lukanisman Awang Sauni, Norzana menyifatka­n pilihan tersebut adalah yang terbaik memandangk­an beliau ( Lukanisman) sentiasa turun padang dan sering dilihat mengiringi penyandang kerusi parlimen Sibuti, Datuk Ahmad Lai.

“Apa yang sayA lihat, beliau (Lukanisman) banyak belajar dari Datuk Ahmad Lai, bersifat turun padang malah saya lihat usia muda bukanlah peng- halang untuk beliau berjuang untuk membangunk­an Sibuti kerana pengalaman yang ada sudah memenuhi harapan rakyat di sini.

“Diharapkan beliau (Lukanisman) boleh diberi peluang dan terus membangunk­an kemajuan di seluruh kawasan Sibuti demi rakyatnya,” ujarnya yang juga bekas Pentadbir Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam (PERKAYA) Bekenu.

Seorang lagi peniaga tamu yang enggan namanya diketahui, 84, berharap pelbagai pembanguna­n yang dijanjikan oleh kerajaan kelak akan direalisas­ikan dan mengubah landskap pembanguna­n di setiap konstuensi Sibuti ke arah yang lebih baik.

“Saya sebagai generasi yang lebih tua amat mahu melihat Bekenu dan Sibuti secara amnya terus membangun dengan pesat yang akan memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat di sini,” katanya.

Sementara itu, peniaga di pasar RTC Sibuti terbabit turut menjangkak­an perniagaan yang lumayan pada hari ini sejajar dengan hari penamaan calon yang menjangkak­an rakyat dari pelbagai bahagian Sibuti dan Miri turun ke bandar Bekenu bagi menyokong calon pilihan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia