Utusan Borneo (Sarawak)

Pengundi Cina di Serembu perlu terus sokong BN

-

BAU: Pengundi Cina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu diharap akan memberi sokongan penuh kepada calon muka baharu Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Puncak Borneo, Jeannoth Sinel dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh berkata, para pengundi di kawasan Serembu khansya harus tidak mudah terpengaru­h dengan janjijanji manis pembangkan­g yang ternyata tidak boleh berbuat apa-apa untuk kebaikan rakyat.

Jelas beliau, selama ini kerajaan BN sudah melakukan yang terbaik bagi membantu masyarakat Cina dalam kawasan DUN Serembu sama ada dalam soal pendidikan dan keagamaan.

“Saya yakin kerajaan BN akan meneruskan kerja keras untuk membantu masyarakat Cina malah akan berusaha menyelesai­kan isu-isu yang membelengg­u rakyat.

“Justeru, para pengundi di DUN Serembu diharapkan menyokong calon BN di Parlimen Puncak Borneo (Jeannoth) dalam PRU-14 akan datang dengan menterjema­hkan sokongan mereka kepada undi,” katanya ketika berucap pada Majlis Harijadi Tokong Liew Shan Phang di Kampung Jugan Cina Siniawan, malam kelmarin.

Dalam majlis sama, Miro turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10,000 untuk kerja-kerja membaik pulih tokong berkenaan dan RM5,000 kepada Platun Rela Pekan Siniawan.

Sementara itu, Miro yang juga Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) memberitah­u, kerajaan BN sahaja yang mempunyai keupayaan membantu dan membela rakyat.

Katanya, rakyat di negara ini bernasib baik kerana memiliki kerajaan dan pemimpin berwawasan yang terus menyalurka­n pelbagai bantuan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Sehubungan itu, saya berharap masyarakat akar umbi supaya tidak menggadai masa depan negara dengan terpengaru­h dengan janjijanji pakatan pembangkan­g yang hanya bersifat retorik,” katanya.

 ??  ?? BANTUAN: Miro ketika menyampaik­an geran untuk menaiktara­f tokong semasa menghadiri Majlis Harijadi Tokong Liew Shan Phang di Kampung Jugan Cina Siniawan kelmarin.
BANTUAN: Miro ketika menyampaik­an geran untuk menaiktara­f tokong semasa menghadiri Majlis Harijadi Tokong Liew Shan Phang di Kampung Jugan Cina Siniawan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia