Utusan Borneo (Sarawak)

Geran RM7.5 juta untuk 15,000 peniaga kecil

-

LARUT: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) memperuntu­kkan geran bernilai RM7.5 juta untuk membantu 15,000 peniaga kecil di seluruh negara tahun ini.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata setiap seorang peniaga akan menerima geran berjumlah RM500 secara sekali sebagai usaha membantu golongan berkenaan memajukan perniagaan.

“Peniaga boleh menggunaka­n wang itu untuk membeli peralatan yang digunakan untuk berniaga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pemantapan Perniagaan Penjaja dan Peniaga Kecil serta penyerahan bantuan Geran Penjaja dan Peniaga Kecil tahun 2018 di Arena Batu Kurau di sini semalam.

Seramai 2,000 peniaga di kawasan Parlimen Larut menerima geran itu semalam.

Dalam pada itu, Hamzah berkata KPDNKK akan mengadakan jualan sentuhan rakyat selama tiga hari berturut-turut pada 6, 7 serta 8 Mei depan di Batu Kurau, Kubu Gajah dan Selama dan orang ramai boleh berkunjung untuk membeli barangan keperluan pada harga lebih murah.

Mengenai laporan akhbar yang menyatakan tiga adik-beradik didakwa mahu bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Hamzah yang mempertaha­nkan kerusi parlimen itu meminta semua pihak supaya jangan memanaskan keadaan sehingga me- mecah-belahkan hubungan baik antara satu sama lain.

“Datuk Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz (sekarang Timbalan Ketua UMNO Bahagian Larut) membuat pengakuan di Changkat Perah baru-baru ini yang dia akan memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) pada PRU14.

“Dia mempunyai prinsip dan saya bangga mempunyai kawan yang berjiwa besar. Dia dah buat pengumuman itu di hadapan saya dan Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria (calon BN Batu Kurau),” katanya.

Hamzah berkata kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang membantu rakyat dan ini terbukti apabila ekonomi negara berkembang dengan baik.

Laporan sebuah akhbar baru-baru ini mendakwa tiga beradik iaitu Najmuddin, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kubu Gajah Ahmad Hasbullah Alias dan penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias akan bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Larut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia