Utusan Borneo (Sarawak)

MCMC terus perhebat kempen advokasi perangi berita palsu

-

KUALA LUMPUR: Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus memperheba­tkan kempen advokasi dan kesedaran kepada orang ramai di seluruh negara dalam usaha memerangi ancaman berita palsu.

Ketua Pegawai Operasi MCMC, Datuk Dr Mazlan Ismail berkata penganjura­n kempen-kempen advokasi dan kesedaran adalah kritikal kerana ancaman berita palsu berlaku sepanjang masa dan ia tidak mengenal mangsa.

Usaha itu, katanya, bagi memastikan alam maya bebas daripada sebarang kandungan yang boleh memudaratk­an kesejahter­aan negara.

“Adalah penting untuk kita mengamalka­n pendekatan mencegah atau pre-emptive terlebih dahulu dalam hal sedemikian kerana kelewatan untuk menangani isu seperti berita palsu boleh memberi impak yang cukup besar kepada kesejahter­aan negara,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Dr Mazlan juga menggesa orang ramai untuk turut serta dan berganding bahu dengan agensiagen­si penguat kuasa seperti MCMC dan polis dalam memerangi ancaman berita palsu.

“Orang ramai boleh turut serta membantu dalam usaha ini dengan tidak membuat berita palsu mahupun menyebarka­nnya kepada orang lain. Pada masa yang sama, mereka juga mempunyai kuasa untuk memilih jenis kandungan yang mereka mahu lihat atau baca.

“Sekiranya tidak pasti, salurkan berita atau kandungan sedemikian kepada portal sebenarnya. my untuk mendapatka­n kepastian ataupun berhubung terus dengan agensi-agensi yang berkaitan,” katanya.

Tambahnya, pelbagai inisiatif telah dilaksanak­an oleh MCMC dalam memerangi berita palsu sebelum ini seperti kerjasama strategik dengan pihak atau agensi tertentu, pelancaran portal sebenarnya.my dan siri jelajah sebenarnya.my serta Klik Dengan Bijak (KDB) di seluruh negara telah mendapat sambutan yang amat memberangs­angkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia