Utusan Borneo (Sarawak)

Atletico Madrid bertahan dengan 10 pemain untuk mengikat Arsenal 1-1 pada aksi pertama separuh akhir Liga Europa

-

LONDON,England:Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mengkritik kealpaan di benteng pertahanan yang sering berlaku musim ini apabila pasukannya gagal mengambil sepenuh peluang bermain dengan lebih seorang pemain selama 80 minit selepas diikat 1-1 oleh Atletico Madrid pada perlawanan separuh akhir pertama Liga Europa Khamis lepas.

Gol Antoine Griezmann lapan minit sebelum tamat permainan menjejaska­n harapan Wenger untuk menamatkan karier 22 tahun membimbing Arsenal untuk memenangi kejohanan ini dan memastikan Arsenal beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim hadapan.

Kad merah awal Sime Vrsaljko memberikan peluang kepada Arsenal tetapi mereka mensia-siakan banyak peluang sebelum dan selepas Alexandre Lacazette membuka jaringan pada minit ke-60.

“Saya merasakan kami mempamerka­n aksi yang kami mahukan tetapi keputusan akhir tidak selari dengan prestasi kami,” kata Wenger.

“Kami hanya mampu melihat kepada diri KECEWA: Wenger ketika menyaksika­n pasukannya beraksi pada perlawanan tersebut. kami sendiri kerana 1-0 adalah keputusan yang bagus di tempat sendiri. Ia bergantung kepada kami sendiri untuk tidak melakukan satu kesilapan tetapi malangnya, situasi yang sama berulang lagi.”

Jurulatih Atletico, Diego Simeone juga dibuang padang tidak lama selepas penyingkir­an Vrsaljko tetapi walaupun kecewa, beliau memuji kebangkita­n pasukannya.

“Anda tidak tahu betapa sukarnya untuk bertahan dan terus bertahan,” kata Simeone. “Anda harus bertahan selama lebih dari 80 minit.

“Pemain Atletico Madrid adalah hebat untuk bertahan seperti ini.”

Arsenal sekarang perlu menjadi pasukan pertama untuk menjaringk­an gol di tempat lawan dalam 12 perlawanan di Stadium Wanda Metropolit­ano minggu hadapan dan Simeone menggesa penyokong Atletico untuk menghasilk­an kegerunan kepada pemain Arsenal.

Perlawanan yang ditunggutu­nggu itu adalah perlawanan kedua terakhir Wenger di tempat sendiri dan pasukan tuan rumah mempamerka­n aksi bertenaga walaupun gagal mencemaska­n pintu gol Atletico.

Lacazette melihat cubaannya terkena tepi padang dan kemudian menguji penjaga gol Atletico, Jan Oblak dengan satu tandukan.

Vrsaljko menerima kad kuning pertama beliau seawal minit kedua selepas mengasari Jack Wilshere dan pemain antarabang­sa Croatia itu diarahkan meninggalk­an padang lapan minit kemudian apabila pengadil perlawanan terpaksa melayangka­n kad kuning kedua dan kad merah kerana terjahan keras ke atas Lacazette.

Tidak lama selepas itu, Simeone pula diperintah meninggalk­an tepi padang kerana membantah keterlalua­n apabila seorang pemain Arsenal tidak dilayangka­n kad kuning kerana kekasaran yang sama.

Rekod pertahanan Atletico cukup memberangs­angkan dalam lima perlawanan separuh akhir di Eropah sepanjang tujuh musim di bawah bimbingan Simeone.

Dan mereka sekali lagi menunjukka­n kemampuan mereka dengan 10 pemain selain berterima kasih kepada Oblak, yang digambarka­n sebagai “salah seorang penjaga gol terbaik di dunia” oleh Wenger, untuk mengekalka­n saingan.

“Sudah tentu anda berasa kecewa dengan keputusan ini kerana kami mempunyai peluang untuk ke final,” tambah Wenger.

“Kekesalan di sini ialah kami tidak cukup berbisa di pintu gol lawan.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa di antara Arsenal dan Atletico Madrid di Stadium Emirates, London.
— Gambar Reuters AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama separuh akhir Liga Europa di antara Arsenal dan Atletico Madrid di Stadium Emirates, London.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia