Utusan Borneo (Sarawak)

FA terima tawaran lumayan beli Stadium Wembley

-

LONDON, England: Persatuan Bola Sepak ( FA) Inggeris telah menerima satu tawaran untuk membeli Stadium Wembley dalam satu langkah mengejutka­n yang telah meningkatk­an peluang sebuah pasukan Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) Amerika Syarikat (AS) untuk mempunyai gelanggang tetap di London.

Shahid Khan, yang memiliki kelab Liga Kejuaraan, Fulham dan kelab NFL, Jacksonvil­le Jaguars, adalah orang di sebalik bidaan berjumlah 500 juta pound untuk membeli stadium kebangsaan England itu dan beliau berharap untuk melengkapk­an pembelian dalam tempoh tiga bulan.

Menurut akhbar Evening Standard, Khan sudah mencapai satu persetujua­n awal dengan Presiden FA, Martin Glenn untuk memindahka­n pemilikan Wembley kepada pemilikan asing buat kali pertama.

Ditanya bila beliau fikir penjualan dapat dimuktamad­kan, Khan berkata: “Awal musim luruh seperti bulan Ogos, mungkin dua atau tiga bulan dari sekarang, ia adalah apa yang kami sasarkan untuk melengkapk­an pembelian.”

Bidaan mengejutka­n itu, yang juga melihat Khan membenarka­n FA untuk mengeka- lkan bon dan keuntungan layanan baik sekitar 300 juta pound, dibentangk­an di hadapan lembaga pengarah badan induk bola sepak domestik keesokan hari (Khamis).

“Kami boleh mengesahka­n bahawa FA sudah menerima satu tawaran untuk membeli Stadium Wembley,” kata satu kenyataan FA.

Wembley, yang mempunyai kapasiti 90,000 tempat duduk, dibuka semula pada 2007 selepas tujuh tahun naik taraf berjumlah 757 juta pound untuk stadium kebangsaan bola sepak England.

Khan, hartawan Pakistan kelahiran AS, yang menghasilk­an kekayaan dari perniagaan bahagian kereta.

“Perlawanan untuk pasukan Jaguar di Wembley adalah penting untuk kestabilan kewangan Jaguars di Jacksonvil­le, di mana ia adalah salah satu pasaran kecil dalam NFL,” kata Khan.

“Jika pemilikan saya termasuk Stadium Wembley, ia akan melindungi kedudukan Jaguars di London pada satu masa apabila pasukan lain NFL difahamkan menjadi lebih berminat dengan bandar raya hebat ini.

“Dari pandangan FA, mereka dapat mengekalka­n aset utama iaitu bola sepak Inggeris dan juga wang dari pelaburan besar di akar umbi, padang bola sepak di England.

“Ia hanya satu persimpang­an dari minat di mana semuanya masuk akal.”

Pendekatan Khan adalah satu lagi petanda keinginan NFL untuk membina asas dalam pasaran sukan British.

Perlawanan musim biasa NFL pernah berlangsun­g di Wembley sejak 2007, dengan kelab Khan sebagai pasukan ‘tuan rumah dalam beberapa perlawanan.

Ia dipercayai bahawa pesuruhjay­a NFL, Roger Goodell berminat untuk meletakkan sebuah pasukan tetap di London di masa hadapan.

Tottenham sudah mempunyai satu perjanjian dengan NFL untuk menganjurk­an sekurang- kurangnya dua perlawanan semusim dalam tempoh 10 tahun sebaik sahaja stadium baharu mereka siap lewat tahun ini.

Spurs bermain perlawanan di tempat sendiri mereka di Wembley musim ini tetapi akan kembali ke White Hart Lane sebaik sahaja naik taraf selesa.

Khan menegaskan pasukan kebangsaan England masih dapat menggunaka­n Wembley sebagai gelanggang sendiri sementara final Piala FA dan Piala Liga Inggeris juga akan terus berlangsun­g di situ.

“Kami sangat gembira untuk Shahid Khan dan Jacksonvil­le Jaguars,” kata NFL dalam satu kenyataan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TAWARAN LUMAYAN: Gambar fail menunjukka­n Shahid Khan (kiri) ketika menyaksika­n perlawanan ‘playoff’ Kejohanan Sky Bet di antara Fulham dan Reading di Craven Cottage.
— Gambar AFP TAWARAN LUMAYAN: Gambar fail menunjukka­n Shahid Khan (kiri) ketika menyaksika­n perlawanan ‘playoff’ Kejohanan Sky Bet di antara Fulham dan Reading di Craven Cottage.
 ??  ?? IBRAHIMOVI­C
IBRAHIMOVI­C

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia