Utusan Borneo (Sarawak)

Ibrahimovi­c tidak beraksi dalam Piala Dunia 2018

-

STOCKHOLM, Sweden: Menamatkan beberapa minggu spekulasi, Persekutua­n Bola Sepak Sweden (SFF) mengumumka­n Khamis lepas di mana penyerang veteran, Zlatan Ibrahimovi­c, yang bersara sebagai pemain antarabang­sa pada 2016, tidak akan kembali untuk Piala Dunia 2018 di Rusia.

“Saya bercakap dengan Zlatan Selasa lepas. Beliau berkata beliau tidak mengubah fikirannya berkaitan skuad kebangsaan,” kata pengarah urusan skuad kebangsaan, Lars Richt dalam satu kenyataan selepas pemain itu sendiri memberi beberapa gambaran tentang kemungkina­n kembali dari persaraan.

“Ia adalah ‘tidak’,” tambah Richt.

Dalam satu rancangan bual bicara televisyen penyiaran ABC, Jimmy Kimmel di Amerika Syarikat (AS), pemain kelab LA Galaxy itu mengusik peminat dengan berkata beliau mungkin kembali dari persaraan untuk bermain di Rusia.

Ibrahimovi­c beraksi kali terakhir di Piala Dunia bersama Sweden pada 2006 dan beliau bersara dari bola sepak antarabang­sa selepas Euro 2016.

Beliau berkata bulan lepas di mana beliau mahu memberikan tumpuan untuk menyesuaik­an kehidupan baharu dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) AS sebelum memikirkan tentang Piala Dunia.

Di Sweden, kemungkina­n Ibrahimovi­c kembali beraksi di Piala Dunia mendapat pelbagai reaksi.

Jurulatih Sweden, Janne Andersson mempunyai pandangan yang berbeza.

“Ia tidak mengubah apa-apa bagi saya,” kata beliau bulan lepas.

“Zlatan dialu-alukan untuk menghubung­i saya” jika beliau mahu menyertai skuad, tambah Andersson.

Richt menolak untuk menjelaska­n secara khusus sama ada pasukan meminta Ibrahimovi­c untuk menyertai skuad.

Beliau “sentiasa berkata beliau tidak akan bermain dan sudah bersara dari bola sepak antarabang­sa,” kata Richt.

Beberapa penyokong Sweden sememangny­a mahu melihat penyerang terbanyak Sweden – 62 gol dari 116 perlawanan – menyarung jersi kebangsaan sekali lagi.

Tetapi ada juga berkata skuad boleh beraksi tanpa beliau selepas memenangi playoff menentang Itali tanpa Ibrahimovi­c. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia