Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea nekad pintas Tottenham di tangga keempat

-

LONDON, England: Bekas juara, Chelsea, memburu impian mengejar Tottenham Hotspur ketika mahu menamatkan musim buruk dengan lebih baik sementara tiga pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris mengintai peluang mengelak penyingkir­an.

Chelsea, yang berasa yakin selepas melangkah ke final Piala FA, tidak berputus asa untuk mengejar Spurs di tangga keempat liga ketika mereka membuat persediaan untuk bertandang ke Swansea City.

Skuad kendalian Antonio Conte kelihatan gagal layak ke Liga Juara-Juara beberapa minggu yang lalu tetapi dua kemenangan dan juga keputusan sekali kalah dan sekali seri Spurs, membolehka­n mereka kini kurang lima mata di belakang dengan baki empat perlawanan.

Pengurus Spurs, Mauricio Pochettino harus mencari satu cara untuk mengangkat semangat pasukannya selepas mensia-siakan pendahulua­n gol sebelum tewas kepada Manchester United pada perlawanan separuh akhir Piala FA minggu lepas, sekali gus mengekalka­n kemarau kejuaraan untuk musim ke-10 berturut-turut.

Pertembung­an tegang di antara Arsene Wenger dengan Alex Ferguson menjadi antara tarikan pada satu era dalam Liga Perdana dan perhubunga­n tegang Wenger dengan pengurus semasa Manchester United, Jose Mourinho, juga mempunyai senario yang sama.

Tetapi Ahad ini, Wenger membawa pasukannya ke Old Trafford buat kali pertama dengan kata-kata persahabat­an diluahkan di antara mereka.

Dalam saingan kelompok bawahan, pengurus Southampto­n, Mark Hughes tahu beliau tidak mempunyai banyak masa untuk mengelak menjadi pengurus yang melihat kelabnya tersingkir dari lima pada musim yang sama.

Southampto­n, dengan baki empat perlawanan, menanti kunjungan Bournemout­h hari ini selepas seri di Leicester City menamatkan empat kekalahan berturut- turut mereka.

Bekas kelab Hughes, Stoke City dan juga West Bromwich Albion, juga menamatkan tempoh kekalahan tetapi hanya mempunyai tiga perlawanan untuk mengelak penyingkir­an dengan Stoke akan bertandang ke Liverpool. — AFP

 ??  ?? CONTE
CONTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia