Utusan Borneo (Sarawak)

Barca hampir pasti raih kejuaraan berganda

-

MADRID, Sepanyol: Barcelona memerlukan hanya satu mata apabila menentang Deportivo La Coruna Ahad ini untuk mengesahka­n kejuaraan berganda La Liga Sepanyol dan Copa del Rey buat kali ketiga dalam empat tahun.

Andres Iniesta akan menjadi perhatian dalam sebarang kejayaan dengan pemain antarabang­sa Sepanyol itu dijangka akan mengumumka­n perpindaha­n dari Barcelona dalam beberapa hari akan datang.

Beliau meninggalk­an padang pada final Copa del Rey minggu lepas dengan tangisan apabila ditukarkan dalam separuh masa kedua dan ia pastinya perlawanan menarik jika beliau menjulang trofi terakhirny­a bersama Barca.

“Rasa sayang dan hormat orang kepada saya adalah sesuatu yang saya rasanya dalam diri ini,” kata Iniesta. “Sasaran saya sekarang ialah untuk memenangi kejuaraan liga.”

Ia adalah kejuaraan liga yang kesembilan buat Barca, 13 tahun selepas yang pertama dan kejuaraan terakhir beliau mungkin yang terbaik kerana Barca kurang lima perlawanan untuk rekod tanpa kalah, pencapaian pertama sebuah pasukan dalam La Liga ketika memenangi kejuaraan liga.

Real Madrid boleh memusnahka­n impian itu apabila bertandang ke Nou Camp minggu hadapan tetapi Deportivo juga mampu mencemari rekod mereka apabila bersaing mengelak penyingkir­an dengan kurang sembilan mata dari pasukan Levante di tangga ke-18 liga.

Beberapa pihak mencadangk­an Deportivo, yang dibimbing Clarence Seedorf, lebih suka nasib mereka ditentukan oleh Barcelona berbanding musuh ketat mereka, Celta Vigo enam hari kemudian.

“Kami akan bermain habishabis­an,” kata penyerang Deportivo, Adrian Lopez.

“Kami tahu kami berdepan pasukan Barca yang hampir pasti muncul juara dan saya berharap mereka bermain lebih tenang berbanding kebiasaann­ya.”

Ia mungkin harapan palsu kerana Barca tiba dengan prestasi terbaik mereka apabila menentang Sevilla dan masih cuba menebus kehampaan tewas kepada AS Roma pada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara.

Memenangi kejuaraan liga buat kali ke-25 akan mengurangk­an sedikit kekecewaan mereka di Eropah.

“Kami sudah memburu kejuaraan liga sejak dari awal musim,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia