Utusan Borneo (Sarawak)

Sedia berentap dalam acara bola sepak 9 sebelah LISUS Peringkat Negeri di Miri

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Skuad KSR BINDA Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang mewakili Bintulu dalam acara bola sepak 9 sebelah melaung semangat menggapai kejuaraan Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) Peringkat Negeri di Miri pada Sabtu dan Ahad ini.

Pengurus Kelab Sukan dan Rekreasi ( KSR) BINDA, Rosini Yalin berkata dengan dibimbing jurulatih berpengala­man pernah menjadi pembantu jurulatih skuad Sarawak berharap mampu membawa KSR BINDA mencapai kejuaraan.

“Ini kali pertama KSR BINDA mewakili Bahagian Bintulu berada dalam kelompok saingan Zon D bersama Miri B dan Betong dalam acara bola sepak 9 sebelah ini,” katanya di sini semalam.

KSR BINDA dipilih Jabatan Belia dan Sukan Bahagian Bintulu mewakili Bintulu setelah skuad itu menundukka­n Project Park 1-0 pada kejohanan LISUS peringkat bahagian Mac lalu.

“Tumpuan kami bukan sahaja saingan LISUS peringkat negeri malah persediaan penting dan pemanas badan menghadapi acara Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Bintulu pada 26 hingga 29 Julai depan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua jurulatih KSR BINDA Anai Igang berkata beliau berharap dapat mengembali­kan kegemilang­an KSR BINDA dan Bintulu dalam saingan ini sekiranya mampu menang di peringkat negeri.

“Sasaran kami adalah ke peringkat akhir meskipun sebagai pasukan ‘underdog’ sekali gus berharap semua pemain bermain dengan penuh semangat serta mampu membuat kejutan sehingga mencapai ke peringkat akhir,” katanya.

Ini kali pertama KSR BINDA mewakili Bahagian Bintulu berada dalam kelompok saingan Zon D bersama Miri B dan Betong dalam acara bola sepak 9 sebelah ini. Rosini Yalin Pengurus Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) BINDA

 ??  ?? SEDIA MENCABAR: KSR BINDA bersama Rosini, Pengurus Perhubunga­n Awam BDA, Muammar Quaddafi Abdul Razak (tengah) dan Anai (berdiri dua kanan) sebelum berlepas ke Miri semalam.
SEDIA MENCABAR: KSR BINDA bersama Rosini, Pengurus Perhubunga­n Awam BDA, Muammar Quaddafi Abdul Razak (tengah) dan Anai (berdiri dua kanan) sebelum berlepas ke Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia