Utusan Borneo (Sarawak)

Marseille dominasi aksi pertama separuh akhir Liga Europa menentang Salzburg

-

MARSEILLE, Perancis: Florian Thauvin dan pemain gantian, Clinton Njie, memastikan Marseille membawa kelebihan dua gol ke atas Salzburg ke perlawanan kedua selepas menewaskan kelab dari Austria itu 2-0 pada perlawanan separuh akhir Liga Europa Khamis lepas.

Dimitri Payet mengumpan kedua-dua gol Marseille di Stade Velodrome ketika lebih dari 60,000 penonton menyaksika­n Thauvin membuka jaringan dengan gol kontrovers­i yang dikatakan menggunaka­n tangan.

Njie menjadikan kedudukan 2-0 kurang tiga minit selepas dimasukkan dari bangku simpanan dalam separuh masa kedua, meletakkan Marseille kelihatan selesa untuk perlawanan kedua di Austria minggu hadapan.

“Ia satu keputusan yang bagus. Kami mahukan kemenangan dan ia telah dicapai. Dan melakukann­ya tanpa bolos adalah sesuatu yang sangat bagus,” kata jurulatih Marseille, Rudi Garcia.

“Kami tahu kami masih belum layak (ke final). Kami akan cuba menjaringk­an sekurang- kurangnya satu gol (di Austria) dan memenangin­ya. Kami perlu menunjukka­n kami selayaknya ke final.”

Marseille terdesak untuk melangkah ke final, yang akan berlangsun­g di Lyon pada 16 Mei.

Mereka berharap untuk memenangi kejuaraan Eropah yang kedua, suku abad selepas memenangi Liga Juara-Juara pertama pada 1993.

Marseille mungkin bukan pasukan pilihan jika mereka melangkah ke final menentang sama ada Arsenal atau Atletico Madrid, yang seri 1-1 pada perlawanan separuh akhir kedua di London.

Bagaimanap­un, mereka mempunyai kualiti untuk mencemaska­n mana- mana pasukan walaupun jika Salzburg berasa kecewa kerana sekurang-kurangnya mampu menjaringk­an gol.

“Kami sedih. Kami selay- aknya lebih bagus dari ini tetapi kami tidak mempunyai pilihan. Kami sudah memikirkan tentang perlawanan kedua,” kata jurulatih Salzburg, Marco Rose.

Marseille membuka jaringan pada minit ke-15 apabila penjaga gol Salzburg, Alexander Walke gagal menepis kemas tendangan percuma Payet, membolehka­n Thauvin merembat bola muntah.

Tidak lama selepas itu, penjaga gol Marseille, Yohann Pele, menepis cubaan Hannes Wolf sebelum Marseille menambah jaringan pada minit ke-63 apabila Njie mengawal umpanan cantik Payet sebelum merembat ke pintu gol. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI MANTAP: Barisan penyerang Marseille meraikan gol jaringan mereka pada perlawanan pertama aksi Liga Europa menentang Salzburg di Stadium Velodrome, Marseille.
— Gambar AFP AKSI MANTAP: Barisan penyerang Marseille meraikan gol jaringan mereka pada perlawanan pertama aksi Liga Europa menentang Salzburg di Stadium Velodrome, Marseille.
 ?? — Gambar AFP ?? TANGKAS: Nadal ketika beraksi menentang Guillermo pada aksi Terbuka Barcelona di Barcelona.
— Gambar AFP TANGKAS: Nadal ketika beraksi menentang Guillermo pada aksi Terbuka Barcelona di Barcelona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia