Utusan Borneo (Sarawak)

Grace muncul juara boling persahabat­an KKS

-

SIBU: Kelab Kecergasan Sibu Jaya ( KKS) mengadakan kejohanan boling persahabat­an kalangan ahlinya di Sibu Superbowl di sini.

Ini merupakan satu aktiviti tahunan KKS dan bagi merapatkan hubungan kalangan ahli tanpa mengira status, agama dan latar belakang.

Juara disandang oleh Grace Jeni Willy manakala naib juara dimenangi Samsudin Luhi.

Tempat ketiga dimenangi Mohd Hazzrek Abu Bakar sementara tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi Mantino Ladun dan Susy Genta.

Hadiah-hadiah pemenang disampaika­n oleh Presiden KKS Suziana Basa.

KKS ditubuhkan pada 27 Julai 2015 dan berdaftar dengan Pesuruhjay­a Sukan Sarawak (PSS) di bawah Kementeria­n Belia dan Sukan.

Suziana berkata, semasa penubuhan KKS terdapat 20 orang ahli sahaja dan pada 2018 jumlah keahlianny­a meningkat kepada 42 orang.

Penubuhan KKS untuk mempromosi aktiviti kecergasan kepada masyarakat setempat terutamany­a di kawasan Sibu Jaya.

KKS sangat aktif dalam penganjura­n aktiviti kecergasan seperti zumba dan aerobik.

KKS sering mendapat jemputan untuk aktiviti kecergasan di sekolah- sekolah dan agensi- agensi kerajaan.

KKS pernah diberi kepercayaa­n oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sibu menganjurk­an aktiviti zumbathon sempena Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Sibu tiga tahun berturuttu­rut mulai 2015 hingga 2017.

 ??  ?? TAHNIAH: Suziana (kanan) menyampaik­an hadiah kepada seorang pemenang pada pertanding­an tersebut.
TAHNIAH: Suziana (kanan) menyampaik­an hadiah kepada seorang pemenang pada pertanding­an tersebut.
 ??  ?? CERGAS: Suziana (tengah) bersama ahli-ahlinya pada pertanding­an boling persahabat­an KKS di Sibu.
CERGAS: Suziana (tengah) bersama ahli-ahlinya pada pertanding­an boling persahabat­an KKS di Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia