Utusan Borneo (Sarawak)

Boling: Ahmad Azraei ungguli kategori Classified Masters

-

KUCHING: Bekas pemain SUKMA Sabah, Ahmad Azraei Tamring mengunggul­i kategori Classified Masters Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabang­sa Sarawak 2018 di Megalanes Sarawak, Batu Kawa dekat sini semalam.

Peserta berusia 22 tahun itu berjaya mengatasi cabaran pemain Thailand, Napatra Buspanikon­rul dengan kelebihan satu pin selepas mencatatka­n jatuhan pin sebanyak 1,939 dalam sembilan pusingan.

Wakil Sarawak, Mohd Zuhayr Redza Noor Azrul menduduki tempat ketiga dengan jatuhan pin sebanyak 1,930 manakala seorang lagi wakil Sabah, Azril Fakhree Khainia di tempat keempat dengan 1,928 pin.

Dua lagi pemain dari Sarawak, Bong Ki How (1,896) dan Yean Chia Ming (1889) masing-masing menduduki tempat kelima dan keenam.

Ahmad Azraei ketika ditemui ternyata amat gembira dan syukur dengan kejayaan itu kerana ini kali pertama beliau menyertai kejohanan peringkat antarabang­sa.

“Saya ingin mendedikas­ikan kemenangan ini kepada kedua- dua ibu bapa saya iaitu Tamring Kuba dan Hasnah Passaba yang sentiasa menyokong karier boling saya.

“Tidak lupa kepada pengurus saya Steven Lok, jurulatih Wan Ali dan penaja CPS Bowl (Francis Tan),” katanya ditemui selepas perlawanan di sini semalam.

Menurut Azraei, beliau me- mang tidak menjangka boleh memenangi perlawanan final tersebut kerana pencabar dari Thailand memberikan saingan sengit kepadanya.

Mengenai perancanga­n seterusnya, Azraei berkata beliau akan menyertai kejohanan kebangsaan atau antarabang­sa yang diadakan selepas ini.

“Namun, ini bergantung sepenuhnya dengan keputusan pengurus dan peruntukan yang disediakan. Saya akan kembali semula ke Sarawak untuk menyertai kejohanan ini pada tahun hadapan,” kata pemenang gangsa acara bertiga pada SUKMA 2016 Sarawak itu.

Sementara itu, hari ini berlangsun­g acara tumpuan Open Masters dan disusuli dengan majlis penyampaia­n hadiah dan penutupan kejohanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia