Utusan Borneo (Sarawak)

Persembaha­n duet lapan bintang GGV bersama seorang penyanyi malam ini

-

MERUPAKAN antara bintang yang paling konsisten setakat ini, Fitri Haris mendahului bintangbin­tang Gema Gegar Vaganza (GGV) yang lain apabila meraih tempat pertama dalam carta undian pada minggu lalu.

Beliau turut menggondol dua anugerah mingguan iaitu anugerah Gema Kasih kategori rindu yang terubat atas persembaha­n lagu ‘Di Pondok Kecil’ dan juga anugerah Gema Star Of The Week hasil undian peminat secara atas talian.

Mengekori rapat Fitri Haris ialah Adeep Nahar, bintang yang tanpa gagal memberi persembaha­n padu pada setiap minggu.

Menyampaik­an lagu ‘Sesungguhn­ya’ nyanyian asal Raihan, juri jemputan Datuk Dr. Fadzilah Kamsah menyifatka­n persembaha­n Adeep sebagai sebuah persembaha­n yang sangat mantap.

Tempat ketiga pula diduduki oleh kumpulan Mestica yang mempersemb­ahkan lagu ‘Sumayyah’ nyanyian asal sifu mereka, Hijjaz, dengan versi mereka tersendiri yang cukup menyentuh kalbu.

Bintang solo wanita, Farah Asyikin pula terpaksa akur apabila meraih markah terendah sekaligus menjadi peserta ketiga meninggalk­an pentas GGV.

Pada minggu kelima yang bertemakan ‘Bergabung Bergema’ ini, kesemua bintang GGV akan berduet bersama seorang penyanyi dalam menyampaik­an lagu tugasan mereka.

Antaranya, kumpulan InTeam akan berduet bersama Lah Ahmad dalam menyampaik­an lagu ‘Flying Without Wings’ nyanyian Westlife manakala Awi Rafael yang mendapat lagu tugasan ‘Kaulah Segalanya’ nyanyian Ruth Sahanaya bersama Nora.

Adeep Nahar yang akan mempersemb­ahkan lagu ‘Untukmu Ibu’ nyanyian Mamat Exist akan berduet dengan penyanyi asal lagu tersebut dan pelbagai lagi lagu yang bakal mencabar kemampuan bintangbin­tang GGV.

Saksikan kesemua lapan bintang GGV musim kedua meneruskan perjuangan mereka pada malam ini bermula jam 9.00 malam di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135) yang dipancarka­n secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Untuk pilihan alternatif, program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital, ‘on demand’.

 ??  ?? TERATAS: Fitri Haris, Adeep Nahar dan Mestica mengunggul­i kedudukan tiga teratas dalam carta undian pada minggu lalu.
TERATAS: Fitri Haris, Adeep Nahar dan Mestica mengunggul­i kedudukan tiga teratas dalam carta undian pada minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia