Utusan Borneo (Sarawak)

Cabaran tiga wanita uruskan perniagaan dalam telemovie di TV1

-

PADA masa kini, golongan wanita tidak wajar dipandang sebagai golongan yang lemah.

Semakin ramai para wanita di luar sana yang sudah mampu berdiri dengan kaki sendiri tanpa bantuan golongan lelaki.

Saksikan telemovie ‘Ladies Cab’ yang memaparkan kegigihan tiga orang wanita untuk memulakan perniagaan yang akan bersiaran pada 6 Mei ini, jam 10.05 pagi di TV1.

Telemovie arahan Nizam Abdul Rahman ini menampilka­n lakonan hebat Wawa Zainal, Sherie Merlis, Sharisa Haris, Fiena Tajudin dan Nadzmi Adhwa.

Mengangkat kisah tiga orang wanita yang berhasrat untuk menubuhkan sebuah syarikat van pengangkut­an khusus untuk pekerja wanita selepas mereka berhenti kerja.

Dibah dan Dina diberhenti­kan kerja kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pihak majikan manakala Amy pula berhenti kerja setelah mengetahui majikannya tidak jujur dalam perniagaan.

Kemudian Dibah dan Dina merancang untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Sementara itu Amy yang terdengar perbualan mereka terus menawarkan diri untuk turut serta dalam perniagaan yang dirancang oleh mereka.

Konflik bemula apabila bekas majikan Dina mengugut agar mereka tidak meneruskan perniagaan tersebut yang dikatakan memberi saingan kepada perniagaan sedia ada. Namun mereka tetap cekal dan persiapan dilakukan setelah mendapat pelanggan pertama.

Dina pula tiba-tiba mengambil keputusan untuk berhenti dari syarikat tersebut dan keadaan menjadi huru-hara kerana Dina merupakan pemandu van.

Akhirnya segala masalah tersebut dapat diselesaik­an malah perniagaan mereka semakin berkembang maju dengan pembukaan pejabat dan van baru.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov. my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia