FIABCI World Prix d’Excellence iktiraf kecemerlangan hartanah
27 pemenang bakal diberi pengiktirafan tertinggi di Dubai 1 Mei depan
KUALA LUMPUR: Anugerah FIABCI World Prix d’Excellence kali ke- 27 bakal berlangsung di Jumeirah Emirates Towers Hotel di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pada 1 Mei depan.
Penganjurannya dijangka akan menarik pemain dan pemimpin industri hartanah global untuk menyaksikan pengiktirafan tertinggi kepada 27 pemenang atas kecemerlangan projek masingmasing.
Salah satu pengisian sepanjang penganjuran selama enam hari bermula 27 April hingga 2 Mei termasuklah Kongres Hartanah Dunia FIABCI ke-69 kelolaan Persekutuan Hartanah Antarabangsa di Dewan Al Maktoum, Pusat Dagangan Dunia Dubai.
Program diteruskan dengan beberapa siri mesyuarat termasuk mesyuarat membabitkan Jawatankuasa Prix d’Excellence dari 27 hingga 29 April diikuti majlis pembukaan pada 30 April dan Makan Malam Anugerah Prix d’Excellence pada 1 Mei.
Bekas Presiden FIABCI Malaysia, Ir Yeow Thit Sang berkata, anugerah kecemerlangan hartanah bertaraf dunia itu dimulakan pada tahun 1992 dengan tiga kategori sebelum meningkat kepada 13 anugerah bagi mengetengahkan lebih banyak penyertaan menarik.
Menurutnya, pengiktirafan itu kemudiannya menjadi daya penggerak kepada pemaju-pemaju untuk men- ingkatkan daya saing masing-masing dalam industri dan menyertai pertandingan berkenaan.
“Edisi pertama Anugerah Hartanah FIABCI Malaysia turut diperkenalkan pada tahun 1992 antara lain bagi menyediakan platform kepada projek hartanah tempatan yang cemerlang untuk menerokai barangan industri yang terbaik dan luar biasa,” katanya.
Thit Sang mendedahkan bahawa Malaysia mendominasi Anugerah Industri Malaysia dari tahun 1992 hingga 2002.
Katanya, Malaysia menerusi projek yang berjaya tadi kemudiannya bersaing untuk Anugerah Kecemerlangan Dunia sekali gus memberi peluang kepada industri domestik negara itu memasuki arena antarabangsa.
Ia secara tidak langsung meletakkan asas bagi jenama, nilai, reputasi dan tahap industri untuk menggalakkan pembangunan mantap industri hartanah Malaysia.
“Pengiktirafan anugerah ini mempunyai kesan kepada peningkatan kualiti industri hartanah di seluruh negara. Melihat negara lain yang belum menerima pengiktirafan, mereka mungkin lemah sama ada di pasaran perindustrian atau berkenaan dengan kualiti pengeluaran dan daya saing mereka,” katanya.
Thit Sang turut mendedahkan bahawa Anugerah Kecemerlangan Hartanah Dunia yang mempunyai reputasi hebat itu pernah menghadapi kekurangan dana pada tahun 2002 sehingga ia hampir dihentikan.
Bagaimanapun, bekas Presiden FIABCI Malaysia Datuk Tong Kok Mau mengambil langkah berani untuk membangunkan projek dengan menyusun semula program, mengubah peraturan dan kriteria pemarkahan untuk memastikan tahap projek yang dipilih melalui penilaian dan semakan ketat.
Tambah beliau, dari 2002 hingga 2006, cawangan FIABCI Malaysia menghadapi cabaran dari segi publisiti dan persediaan di bawah bajet modal terhad.
Begitupun, dengan peningkatan penyertaan, ia mempunyai lebih banyak dana untuk meneruskan operasi.
Sementara itu, Setiausaha Agung FIABCI Malaysia, Dr Yu Kee Su berkata, dari segi penjurian, seramai 75 hakim dari 35 negara harus menyelesaikan kerja- kerja pemarkahan dalam tempoh empat bulan.
Menurutnya, semasa proses semakan, pengulas tidak akan mengetahui item skor di tangan mereka selain tidak dapat menilai penyertaan negara atau syarikat masing-masing bagi menjamin ketelusan.
Seterusnya, skor kajian akan dikemukakan kepada juruaudit untuk semakan sebelum skor penilaian disahkan oleh pasukan pengawasan yang terdiri daripada tujuh ahli dari Amerika, Eropah, Asia Pasifik dan Afrika serta seorang pengerusi dan seorang setiausaha.
Kedua-dua Pengerusi Jawatankuasa Persediaan dan Ketua Setiausaha tidak boleh mengambil bahagian dalam mesyuarat itu. Oleh sebab tujuan pemarkahan berbeza, kriteria penilaian dan kaedah pemarkahan juga adalah berlainan. Ini sangat penting untuk menubuhkan piawai pemarkahan yang munasabah dan berskala.
Kee Su mendedahkan bahawa Anugerah FIABCI World Prix kali ini telah mendapat penyertaan daripada 69 projek perindustrian hartanah seluruh dunia.
Katanya, daripada 27 pemenang projek perindustrian cemerlang, 20 peratus peserta telah memenangi anugerah itu buat kali pertama.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www. fiabci.com.my.