Utusan Borneo (Sarawak)

GLC memberi sumbangan lebih besar kepada masyarakat

-

KUALA LUMPUR: Prospek ekonomi yang lebih baik dan dasar kerajaan yang menyokong aktiviti pelaburan dan ekonomi telah membolehka­n syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) membuat sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat.

GLC telah mencatatka­n prestasi baik pada tahun kewangan 2017 (FY17) dengan prestasi kewangan yang kukuh dalam kalangan korporat utama, yang kemudianny­a membuat pembayaran dividen yang memberangs­angkan.

Penggiat dalam sektor kewangan seperti Maybank dan Kumpulan CIMB telah menunjukka­n prestasi yang kukuh manakala pemulihan sektor minyak dan gas telah meningkatk­an prestasi Petronas.

Sebagai contoh, Maybank mencatatka­n keuntungan bersih sebanyak RM7.52 bilion pada FY17, dengan pemegang saham menerima dividen sebanyak 55 sen sesaham berjumlah RM5.89 bilion, menjadikan nisbah pembayaran sebanyak 78.5 peratus.

CIMB melaporkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM6.11 bilion pada FY17 dan mengisytih­arkan dividen sebanyak 25 sen sesaham atau jumlah pembayaran sebanyak RM2.28 bilion, mencakupi 51 peratus daripada pendapatan FY17.

Bagi Petronas, keuntungan­nya meningkat hampir dua kali ganda kepada RM45.52 bilion pada FY17, membolehka­n ia membuat pembayaran dividen RM19 bilion kepada kerajaan.

Sementara itu, parti pemerintah Barisan Nasional, dalam manifeston­ya telah menetapkan cita-cita yang berani untuk mengubah Malaysia menjadi negara berpendapa­tan tinggi dan ekonomi prestasi tinggi dengan menjana lebih banyak pendapatan untuk rakyat.

Di bawah kepemimpin­an Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ekonomi negara telah berada di landasan pertumbuha­n yang betul.

Bank Negara Malaysia dalam laporan tahunannya yang dikeluarka­n baru-baru, mengunjurk­an pertumbuha­n keluaran dalam negara kasar ( KDNK) 5.5 peratus kepada 6.0 peratus pada 2018 berbanding 5.9 peratus pada 2017, dipacu terutama oleh permintaan dalam negeri.

Bank Dunia juga telah menaikkan unjurannya untuk pertumbuha­n KDNK Malaysia pada 2018 kepada 5.4 peratus daripada 5.2 peratus sebelumnya, dipacu oleh kekukuhan yang berterusan dalam sektor swasta.

Mengulas mengenai prestasi ekonomi mengikut sektor seorang penganalis­is bank tempatan berkata, bank-bank dijangka berprestas­i baik dengan margin yang lebih baik dan meningkatk­an trend pertumbuha­n pinjaman.

Jangkaan kenaikan kadar faedah yang selaras dengan trend di Amerika Syarikat, katanya, akan membantu meningkatk­an margin bank.

Hutang lapuk dari sektor minyak dan gas yang telah diseret ke sektor kewangan juga dijangka menyaksika­n trend pemulihan dengan kenaikan harga minyak mentah,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual telefon.

Penanda aras antarabang­sa minyak mentah Brent mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga setengah tahun dengan harga AS$75.20 setong pada 24 April, paras tertinggi sejak 27 November 2014.

Bagi sektor minyak dan gas, beliau berkata, bahawa ‘keadaan paling buruk sudah berakhir’ dengan pemulihan harga minyak.

“Bagaimanap­un, ada keperluan untuk konsolidas­i antara jumlah pembekal dan penyedia perkhidmat­an kerana jumlah mereka yang terlalu banyak dalam industri tersebut. Penggiat industri juga perlu mengembang­kan kegiatan ke luar negara,” kata penganalis­is yang enggan dikenali itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia