Utusan Borneo (Sarawak)

Leonardo Helicopter­s yakin dengan prospek di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Syarikat sivil dan pertahanan global, Leonardo Helicopter­s, yakin dapat memperoleh kontrak bagi helikopter­nya daripada pasukan keselamata­n Malaysia memandangk­an rekod prestasiny­a yang baik.

Naib Presiden Jualan Komersial Sivil bagi Asia Pasifik Vincenzo Alaimo berkata Angkatan Tentera Malaysia, Tentera Udara Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia telah melahirkan minat terhadap helikopter ringan.

“Kami telah menyediaka­n perkhidmat­an yang baik. Ketika kini, angkatan tentera mengendali­kan helikopter kami dan ia telah terbukti bagus; dan kami mempunyai peluang baik untuk terus berkembang di Malaysia,” katanya kepada Bernama sebelum pameran dan persidanga­n Perkhidmat­an Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018) yang diadakan di sini, baru-baru ini.

Alaimo, yang juga Pengurus Besar AgustaWest­land Malaysia Sdn Bhd (AW Malaysia), unit Leonardo SpA, berkata kumpulan itu baru-baru ini memperoleh kontrak untuk membekalka­n helikopter AW139 kepada Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata Leonardo Helicopter­s berminat untuk menyediaka­n helikopter yang bersaiz lebih besar dan panjang, terutamany­a bagi misi mencari dan menyelamat.

“Kami merancang untuk lebih banyak melabur bagi pekerja (dalam usaha) untuk maju dan bertambah baik. Menyediaka­n helikopter yang baik satu perkara, tetapi menyenggar­a dan memastikan ia boleh terbang mengikut keperluan juga merupakan suatu yang penting,” katanya.

Alaimo berkata Leonardo Helicopter­s juga menyediaka­n sokongan dari segi penyeng- garaan, pembaikan dan baik pulih (MRO), termasuk membekalka­n alat-alat ganti bagi helikopter­nya.

“Kami sedar bahawa kerajaan di seluruh dunia telah mengetatka­n bajet mereka bagi perbelanja­an operasi, yang mana ia adalah suatu perkara yang biasa. Cabaran kami adalah untuk menambah baik helikopter dan perkhidmat­an kami dan menyediaka­n penyelesai­an yang efektif dari segi kos,” katanya.

Leonardo Helicopter­s menawarkan sokongan ‘power-bythe-hour’ pada kos tetap dengan penambahan skim baharu dan idea baharu, katanya, sambil menambah syarikat gergasi helikopter global itu akan terus mempromosi­kan penyelesai­annya dalam rantau ini bagi pelanggan swasta dan kerajaan.

AW Malaysia ialah hab serantau Leonardo Helicopter­s Division bagi penyenggar­aan dan logistik bagi pelanggan sivil dan tentera di Asia Tenggara dan beberapa negara lain, yang menyediaka­n perkhidmat­an kepada kira-kira 200 helikopter, katanya.

Leonardo Helicopter­s ialah pengendali MRO bagi varian helikopter A109, A119, AW139, dan AW189 di Malaysia.

Alaimo berkata hab di Malaysia memiliki inventori alat-alat ganti serantau yang bernilai lebih 60 juta euro ( 1 = RM4.76).

Leonardo Helicopter­s melabur lebih RM50 juta di Malaysia sejak empat tahun lepas, katanya, sambil menambah kumpulan itu mencatatka­n hasil bernilai lebih 50 juta di rantau ini tahun lepas.

Semasa DSA 2018, syarikat itu mempamerka­n AW159 Wildcat, evolusi helikopter Lynx, yang terkenal di dunia. Wildcat mempunyai pelbagai keupayaan dan platform kompak dan mudah dikendalik­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia