Utusan Borneo (Sarawak)

PPSB bina projek pembanguna­n hartanah lebih RM9.75 juta di Bukit Katil

-

MELAKA: PUNB Properties Sdn Bhd ( PPSB), anak syarikat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) melaksanak­an projek pembanguna­n hartanah dengan membina 22 unit kedai pejabat bernilai lebih RM9.75 juta di mukim Bukit Katil di sini.

Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Ali Rustam berkata, melalui inisiatif tersebut, usahawan Bumiputera berpeluang untuk memiliki kedai pejabat mereka sendiri dalam usaha mengembang­kan perniagaan.

Beliau berkata pemilihan kontraktor telah dilakukan dan projek berkeluasa­n 2.47 ekar itu dijadual siap sepenuhnya pada 26 September tahun depan melibatkan pembinaan substesen TNB, kerja elektrikal dan mekanikal, rumah sampah, tempat letak kenderaan serta landskap.

“Secara tidak langsung peluang pekerjaan dapat diwujudkan kepada golongan Bumiputera negeri ini sekali gus meningkatk­an taraf ekonomi mereka.

“Sehubungan itu, sebarang permohonan boleh dibuat secara terus ke pejabat PUNB dan hari ini kita menerima dua peratus deposit,” katanya pada sidang akhbar majlis pecah tanah projek terbabit di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Datuk Azhar Ahmad dan anggota Lembaga Pengarah PUNB, Datuk Jamelah A. Bakar.

Sementara itu, Mohd Ali berkata, PUNB telah membeli 235 unit premis perniagaan melibatkan peruntukan sebanyak RM268.90 juta sejak 2008 hingga 31 Januari lepas.

“Bagi tahun ini, PUNB memperuntu­kkan sebanyak RM45.7 juta untuk membeli lebih banyak premis perniagaan di lokasi strategik di seluruh Malaysia.

“Selain itu, sejak ditubuhkan, PPSB menyasarka­n untuk membangunk­an sebanyak 54 hartanah secara berperingk­at dengan nilai pelaburan RM41 juta,” katanya.

PPSB yang ditubuhkan pada 6 September tahun lepas di bawah Akta Syarikat 2016 bertujuan meningkatk­an kadar milikan premis Bumiputera di seluruh negara selaras dengan Dasar Pembanguna­n Negara dalam usaha melahirkan masyarakat perdaganga­n dan perindustr­ian yang dinamik, berdaya saing dan progresif. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MODEL PROJEK: Mohd Ali Rustam (kiri) melihat model projek yang didirikan selepas menyempurn­akan majlis pecah tanah 22 Unit Rumah Kedai PUNB di Bukit Katil, Melaka, semalam.
— Gambar Bernama MODEL PROJEK: Mohd Ali Rustam (kiri) melihat model projek yang didirikan selepas menyempurn­akan majlis pecah tanah 22 Unit Rumah Kedai PUNB di Bukit Katil, Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia