Utusan Borneo (Sarawak)

Polymer Link mulakan dagangan sulung pada 15 sen sesaham bagi premium tiga sen

-

KUALA LUMPUR: Polymer Link Holdings Bhd memulakan dagangan sulungnya pada 15 sen sesaham di Pasaran Platform Pemecut Usahawan (LEAP) Bursa Malaysia, bagi premium tiga sen mengatasi harga terbitanny­a pada 12 sen sesaham.

Pengeluar dan peniaga serbuk plastik tersebati dan tidak tersebati itu, syarikat keempat yang disenaraik­an di Pasaran LEAP tahun ini, menyaksika­n 50,000 saham bertukar tangan pada sesi pembukaan.

Menurut Memorandum Maklumat syarikat itu yang dikeluarka­n pada 10 April, Polymer Link menyasar untuk mengumpulk­an RM5.55 juta menerusi penyenarai­an LEAP, yang mana 51.4 peratus (RM2.86 juta) akan digunakan bagi modal kerja am.

“Dua puluh tujuh peratus atau RM1.5 juta akan digunakan bagi pembayaran pendahulua­n pemegang saham, manakala baki 21.6 peratus atau RM1.2 juta akan digunakan bagi perbelanja­an penyenarai­an,” kata syarikat itu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Polymer Link, Eddie Koh Song Heng berkata premium yang diraih itu menunjukka­n pelabur yakin dengan kekuatan syarikat tersebut dalam industri.

Susulan penyenarai­an itu, Koh berkata syarikat berkenaan merancang membuka sebuah rumah gudang baharu di Amerika Syarikat (AS).

“Terdapat peluang belum dimanfaatk­an yang amat besar di AS, kerana kami difahamkan bahawa serbuk plastik yang mereka gunakan sama dengan apa yang kami hasilkan.

“Ketika ini, rundingan masih berjalan, tetapi kami percaya rancangan tersebut bakal dapat dilaksanak­an,” katanya.

Koh berkata syarikat itu juga merancang membuka lebih banyak kilang di rantau ASEAN, tetapi enggan mendedahka­n lebih lanjut butiran terperinci­nya.

Menurut Memorandum Maklumat itu, syarikat tersebut merancang membina kemudahan rumah gudang di Winsconsin, AS, dalam usahanya untuk memasuki pasaran dan mendapatka­n pelanggan baharu di ekonomi terbesar dunia itu dan menembusi ke pasaran Kanada. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia