Utusan Borneo (Sarawak)

MISC peruntuk perbelanja­an modal AS$4 bilion dalam 5 tahun

Banyak projek kemudahan FSPO, kapal tangki minyak akan diperolehi

-

KUALA LUMPUR: MISC Bhd memperuntu­kkan perbelanja­an modal sebanyak AS$4 bilion (AS$1 = 3.92) bagi tempoh lima tahun akan datang bagi mendapatka­n lebih banyak projek kemudahan pemunggaha­n dan penyimpana­n pengeluara­n terapung (FSPO) dan kapal tangki minyak.

Segmen FPSO syarikat itu diletakkan di bawah perniagaan luar pesisir manakala kapal tangki atau pengangkut minyak di bawah segmen petroleum dan produk perkapalan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Yee Yang Chien berkata sebanyak AS$500 juta akan turut disediakan bagi kontrak FPSO dan kapal tangki yang berpotensi bagi tahun ini.

“Bagaimanap­un, jumlah itu (AS$500 juta) akan diitambah jika kita mendapat lebih banyak kontrak pada tahun ini.

“Kami melihat adanya permintaan untuk kapal tangki minyak di Laut Utara serta Amerika Utara menerusi unit kami di sana, AET.

“Bagaimanap­un, ini tidak boleh dikeliruka­n dengan (potensi) pemacu pertumbuha­n keuntungan bagi 2018 yang disumbangk­an oleh segmen gas asli cecair (LNG) dan perniagaan luar pesisir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat itu di sini, semalam.

Menurut Yee, 30 peratus daripada perbelanja­an modal itu akan dibiayai daripada ekuiti manakala 70 peratus daripada pinjaman bank.

Segmen LNG merupakan penyumbang majoriti keuntungan syarikat itu dan diikuti dengan perniagaan luar pesisir.

Malah, sebanyak 27 kapal LNG telah pun disewa.

“Daripada 14 kemudahan luar pesisir, dua daripadany­a akan dikeluarka­n daripada sewaan dan dua lagi menyaksika­n tempoh sewaannya tamat dalam masa 2-3 tahun.

“Bagaimanap­un, empat aset luar pesisir ini memberi impak minimum terhadap barisan utama kami,” katanya.

Tempoh 2017 merupakan tahun mencabar bagi sektor perkapalan dan luar pesisir berikutan kekurangan pe- luang pertumbuha­n manakala perolehan pula berdepan tekanan kadar penghantar­an yang lemah serta risiko rundingan semula kontrak.

“Kami melihat aliran itu berterusan pada tahun ini tetapi selepas 2018, keadaan dijangka pulih berikutan peningkata­n harga minyak,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2017 (FY17), MISC mencatat penyusutan keuntungan bersih sebanyak 23.2 peratus kepada RM1.98 bilion daripada RM2.58 bilion pada tahun sebelumnya dengan sebahagian besar disebabkan kerugian susut nilai sebanyak RM687.5 juta berbanding RM358.8 juta pada tahun kewangan 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia