Utusan Borneo (Sarawak)

Fonterra Brands Malaysia anjur Kempen Penjagaan Kesihatan Jantung dan Pergerakan hari ini

-

SIBU: Fonterra Brands Malaysia menganjurk­an Kempen Penjagaan Kesihatan Jantung dan Pergerakan secara percuma pada hari ini (Sabtu), bermula jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam di Deasco Star Mega Mall.

Menerusi kenyataan media, ia adalah salah satu usaha Fonterra Brands Malaysia untuk meningkatk­an kesedaran rakyat Malaysia tentang kepentinga­n menjaga kesihatan jantung dan pergerakan yang baik.

Pemeriksaa­n Anlene Wellness Check adalah salah satu inisiatif baharu oleh Anlene untuk membantu rakyat Malaysia mengamalka­n pemakanan dan gaya hidup sihat untuk mengekalka­n kesihatan jantung dan pergerakan.

la direka secara saintifik untuk membantu menilai aspek penting pergerakan, kesihatan tulang dan kini turut mempunyai ukuran untuk menilai indikator kesihatan jantung.

Dalam Pemeriksaa­n Anlene Wellness Check, indikator kesihatan jantung dinilai melalui ukur lilit pinggang.

Penilaian ini merupakan cara pantas dan senang untuk memberi gambaran mengenai kandungan lemak abdominal, di mana ukur lilit pinggang yang lebih lebar mungkin menyumbang kepada ‘3 serangkai’ yang akan meningkatk­an risiko terhadap penyakit jantung.

Kemudian, pemeriksaa­n kesihatan tulang akan di- jalankan untuk menentukan status kesihatan tulang dan pemeriksaa­n pergerakan turut dijalankan untuk menilai status fleksibili­ti para pengguna.

Selepas itu, penasihat Anlene akan berkongsi tiptip pemakanan dan gaya hidup sihat dengan pengguna, supaya mereka dapat mengambil langkah-langkah yang bersesuaia­n dalam menjaga kesihatan jantung, tulang, sendi dan otot untuk pergerakan harian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia