Utusan Borneo (Sarawak)

Pegangan pasaran trak Eropah dijangka berkembang pesat

-

KUALA LUMPUR: MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) menjangka, pegangan pasaran trak buatan Eropah di Malaysia berkembang pesat sehingga 50 peratus dalam masa 10 tahun akan datang, berbanding antara 25 hingga 30 peratus pada masa ini.

Pengarah Urusan MAN Malaysia, Hartmut Mueller, berkata strategi kecekapan kos dalam kalangan pembeli akan menjadi pendorong pertumbuha­n ini, memandangk­an perkembang­an sistem pengangkut­an di Malaysia, dengan keseluruha­n rantaian bekalan menggunaka­n e- dagang, ia akan menggalakk­an pembelian lebih banyak produk Eropah.

“Saya percaya, pasaran akan berkembang dengan cepat kerana lebih banyak pihak melihat kepada pengurusan pengangkut­an yang baik, yang mana mereka tidak lagi berbicara mengenai harga sebaliknya penyelesai­an.

“Dengan lebih banyak pelanggan memikirkan soal kos, adalah lebih baik untuk membeli trak yang lebih mahal (untuk tujuan pelaburan) tetapi menyediaka­n kecekapan kos dari segi operasi, justeru mereka akan melihat bahawa jenama Eropah menyediaka­n penyelesai­an terbaik untuk ini,” katanya pada taklimat media berkenaan persaraan awalnya, di sini, semalam.

Mueller memilih untuk bersara sebelum kontraknya tamat pada Ogos tahun ini.

Sementara menunggu pelantikan pengganti, bagi memastikan proses peralihan yang lancar, Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran, Jer- ome Wong dan Ketua Selepas Jualan, Thayalan Subramania­m, akan bertindak sebagai kepemimpin­an di syarikat berkenaan.

MAN Truck & Bus adalah antara pengeluar utama kenderaan komersial dan penyedia penyelesai­an pengangkut­an di Eropah. Kumpulan berkenaan menghasilk­an 3,000 pelbagai asas trak di seluruh dunia.

Di negara ini, MAN Ma- laysia memberi fokus kepada kira-kira 10 model trak dan lima model bas.

Syarikat berkenaan pada masa ini memegang 20 peratus pasaran jenama trak Eropah di negara ini berbanding 20 peratus pada penghujung 2017.

Untuk keseluruha­n jenama trak di Malaysia, MAN Malaysia memegang antara lima dan tujuh peratus pasaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia