Utusan Borneo (Sarawak)

LAHIR MODAL INSAN BERKUALITI

Kampus tetap CENTEXS Lawas dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

-

LAWAS: Penubuhan kampus tetap Pusat Kecemerlan­gan Teknikal Sarawak ( CENTEXS) cawangan Lawas yang bernilai RM50 juta diharap dapat melahirkan pelatih- pelatih yang akan menyumbang kepakaran mereka dalam bidang minyak dan gas yang akan dirancang bagi daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, sekiranya hasrat pelabur luar yang ingin membangunk­an loji penapisan minyak di Lawas terlaksana, maka ia sekali gus bakal menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada pelatih lepasan CENTEXS kelak.

“Saya pasti pusat ini kelak mampu melahirkan pelatihpel­atih yang berkemahir­an tinggi dalam bidang yang dipelajari terutamany­a minyak dan gas.

“Malah dengan kemahirank­emahiran yang mereka ada ini kelak, mereka boleh melibatkan diri dalam bidang perusahaan mahupun perniagaan,” katanya dalam ucapan alu- aluan semasa Majlis Peletakan Batu Asas CENTEXS Kampus Lawas di sini, semalam.

Peletakan batu asas itu telah disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Sementara itu, Awang Tengah turut mengingatk­an kepada masyarakat Lawas untuk memastikan kerjasama antara penduduk sini dapat memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional ( BN) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

“Janganlah kita ini bergaduh, janganlah kita ini berlumbalu­mba sesama sendiri, apa yang penting ingat platform mana yang dapat membawa kita ke arah kemajuan.

“Jadi saudara saudari, kita semua harus perkukuhka­n perjuangan kita, perjuangan untuk pembanguna­n di sini dan berilah sokongan padu kepada BN,” katanya.

CENTEXS Lawas yang berkeluasa­n seluas tujuh hektar berupaya memuatkan 450 pelatih dalam satusatu masa dan dijangka siap sepenuhnya pada 2020.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia