Utusan Borneo (Sarawak)

SEORANG LAGI SUSPEK ROMPAK KEDAI SERBANEKA DIBURU

-

KUCHING: Polis masih menjejaki seorang suspek rompak kedai serbaneka 24 jam susulan penangkapa­n seorang lelaki dipercayai rakan subahatnya melakukan rompakan tersebut sekitar awal tahun ini di Pusat Komersial Stutong.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, suspek ditangkap selepas risikan dijalankan oleh Task Force Samun sekitar jam 1 petang 16 April lalu di sebuah rumah di Taman Malihah, Matang.

“Suspek yang berusia 22 tahun merupakan seorang penganggur dan telah diuji positif dadah jenis syabu.

“Pasukan polis turut merampas sebuah motosikal dari rumah suspek.

“Pasukan pada masa yang sama sedang menjejaki seorang lagi suspek yang masih bebas dan belum dapat dikesan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Dev berkata, suspek yang dicari berusia 24 tahun juga berasal dari Taman Malihah, Matang dan berharap orang ramai yang mempunyai maklumat tentang suspek yang masih bebas ini diminta menghubung­i balai polis yang terdekat.

Dalam kejadian pada 1 Januari lalu, sekitar jam 2.10 pagi seorang juruwang berusia 18 tahun sedang bertugas di kedai serbaneka berkenaan tiba-tiba diserbu dua lelaki memakai topi keledar.

Dalam insiden itu, salah seorang suspek telah menghentak­kan sebilah parang atas kaunter dan mengarah juruwang untuk membuka laci wang.

Suspek kemudian merampas semua wang yang ada di dalam laci itu berjumlah RM127.

Seorang lagi suspek telah menyiku pipi dan menendang badan mangsa sebelum mengambil beberapa kotak rokok pelbagai jenama bernilai RM450 dari rak rokok.

Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan menggunaka­n sebuah motosikal.

Kes disiasat sebagai samun berkumpula­n bersenjata di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? DITANGKAP: Suspek yang berjaya ditangkap polis.
DITANGKAP: Suspek yang berjaya ditangkap polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia