Utusan Borneo (Sarawak)

KEMPEN PRU14 BERMULA DENGAN PENAMAAN CALON HARI INI

-

KUCHING: Kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bermula hari ini dengan proses penamaan calon yang menyaksika­n 31 pusat penamaan calon seluruh negeri dibuka pada jam 9 pagi.

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh masa untuk mengemukak­an kertas penamaan calon bermula dari jam 9 pagi hingga 10 pagi dan kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi dengan betul boleh dikemukaka­n kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya sama ada oleh calon, penyokong dan pencadang penamaan calon.

Kebiasaann­ya setiap kali pilihan raya sama ada negeri atau parlimen, setiap calon akan diiringi oleh penyokong masing-masing yang berarak ke pusat penamaan calon.

Selepas itu, Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi setiap kawasan berkenaan akan mengumumka­n namanama calon yang layak bertanding sekiranya ada pertanding­an.

Tarikh mengundi telah ditetapkan pada 9 Mei dan di Sarawak, terdapat seramai 1,220,960 atau lebih 1.22 juta pemilih berdaftar terdiri daripada 607,410 atau 49.75 peratus lelaki dan 613,550 atau 50.25 peratus wanita.

Bagi menghadapi PRU14 kali ini, BN Sarawak menampilka­n hampir separuh muka baharu iaitu 15 daripada 31 calonnya.

Antara kerusi yang menjadi perhatian ialah Parlimen Sibu apabila dijangka menyaksika­n pertanding­an empat penjuru di antara BN yang diwakili Andrew Wong atas tiket BN-SUPP dan penyandang­nya Oscar Wong dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) selain dua lagi calon berminat, Tiong Ing Tung (Parti Reformasi Negeri-STAR) dan Jamie Tiew Yew Huong (Sarawak Peace Party-SPP).

Selain Sibu, kerusi Parlimen Puncak Borneo juga dijangka menyaksika­n pertanding­an empat penjuru iaitu BN diwakili muka baharu, Jeannoth Sinel yang menggantik­an penyandang­nya Datuk Seri James Dawos Mamit.

Jeannoth dijangka berdepan dengan Willie Mongin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) selain dua lagi, Dr Bego Sepop Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) dan Buln Ribos (STAR).

Manakala, 15 kerusi di Parlimen Sarawak akan menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru sementara 13 kerusi menyaksika­n dua penjuru dan hanya Parlimen Julau setakat ini menyaksika­n calon BN sahaja telah diumumkan bertanding, iaitu Datuk Joseph Salang Gandum yang juga penyandang kerusi terbabit.

Sama seperti sebelum ini, Sarawak tidak lari daripada beberapa kerusi panas dan paling nyata ialah di Parlimen Stampin yang dijangka ditandingi ketua pemimpin parti masing-masing.

BN bakal mengemukak­an calonnya Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian menentang Pengerusi DAP Chong Chieng Jen yang asalnya penyandang kerusi Parlimen Bandar Kuching.

Namun Chong bertindak memberikan kerusi kubu kuat DAP, Bandar Kuching kepada calon muda mereka juga pembantu khasnya Dr Kelvin Yii dan beliau sendiri bertanding di kerusi Stampin yang kini disifatkan ‘kawasan kelabu’ DAP.

Di kerusi Dayak, sudah pasti tertumpu kepada kerusi Parlimen Selangau yang merupakan kerusi tradisi kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS), di mana mereka menampilka­n muka baharu Rita Insol, juga wanita Dayak pertama bertanding.

Parlimen Selangau disandang oleh Datuk Joseph Entulu juga Timbalan Presiden PRS tetapi telah digugurkan berikutan pemecatann­ya dari parti itu baru-baru ini kerana didakwa mengingkar­i peraturan dan perlembaga­an parti berkenaan.

Dengan pergolakan parti berkenaan serta menampilka­n muka baharu di Selangau ia menyediaka­n peluang kepada pihak lawan iaitu Pakatan Harapan (PH) di mana mereka mencalonka­n Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Baru Bian sebagai calon untuk berentap dengan Rita serta seorang lagi calon, Sylvia John dari PBDSB.

Sebelum ini Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Negeri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menyasarka­n 28 atau 29 kerusi dimenangi BN pada PRU14 terutamany­a merampas kerusi majoriti Cina.

Antara tiga kerusi yang mempunyai potensi dan harapan dirampas kembali ialah Parlimen Sarikei, Stampin dan Miri.

Untuk itu, BN Sarawak telah mencalonka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing di bawah Parlimen berkaitan kerana mereka sudah mempunyai penyokong di peringkat akar umbi.

Di Parlimen Stampin, BN menamakan Dr Sim sebagai calon juga merupakan ADUN Batu Kawa, sementara di Parlimen Sarikei, ADUN Repok Datuk Seri Huang Tiong Sii sebagai calon dan Miri, Datuk Sebastian Ting yang juga ADUN Piasau.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia