Utusan Borneo (Sarawak)

SEGALANYA DIJANGKA LANCAR

Polis yakin tiada insiden tidak diingini di Sarawak, penyokong parti politik diminta patuhi undangunda­ng.

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Sarawak diyakini terus aman dan harmoni walaupun demam pilihan raya sudah tiba, kata Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Sri Amer Awal.

Beliau berkata, polis menjangka beberapa kawasan bakal menjadi tumpuan ramai apabila tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) bermula selepas proses penamaan calon hari ini.

“Kami menjangkak­an segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada hari penamaan calon esok (hari ini),” ujarnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini, semalam.

Turut hadir Ketua JSJ Sarawak Datuk Dev Kumar dan Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen Polis Sarawak Datuk Zamani Tan Sri Hamdan.

Amer berkata, penyokong setiap parti perlu mematuhi undang-undang terutama undang-undang trafik dan tidak menggunaka­n sebarang bentuk pembesar suara untuk bermain muzik atau melaunglau­ngkan slogan ketika mereka berarak ke pusat pencalonan.

Polis ujarnya, juga menasihati penyokong tidak berhimpun dalam kumpulan besar di tengah atau bahu jalan kerana ini akan mengganggu pergerakan lalu lintas.

“Apabila trafik terganggu, orang akan mula menyalahka­n polis kerana tidak melakukan apa-apa,” kata Amer yang menambah, kenderaan juga harus diparkirka­n dengan baik terutama di kawasan yang cenderung sesak.

Beliau memberitah­u, lebih 4,800 kakitangan polis akan ditugaskan di kesemua 31 pusat pencalonan dan kawasan Parlimen di Sarawak.

Unit polis lain yang akan bersiap siaga dan turun padang katanya, ialah ‘Light Strike Force’ (LSF) dan pasukan dari Jabatan Siasatan dan Jenayah (JSJ) Sarawak, malah aset helikopter polis juga akan digerak untuk memantau keadaan dari udara.

Setakat semalam katanya, polis sudah menerima dan meluluskan 16 permohonan daripada pelbagai parti politik untuk mengadakan ceramah di beberapa kawasan di negeri ini.

“Saya menasihatk­an manamana parti yang mahu mengadakan ceramah untuk memohon permit awal agar kami dapat membuat perancanga­n mengenai cara untuk mengawal trafik dan aspek lain seperti keselamata­n dan seumpamany­a,” ujarnya.

 ??  ?? YAKIN LANCAR: Amer bersama Dev (kiri) dan Zamani pada sidang media semalam.
YAKIN LANCAR: Amer bersama Dev (kiri) dan Zamani pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia