Utusan Borneo (Sarawak)

Buruh tidak mengaku sembunyi, lupus harta curi

-

MIRI: Seorang buruh ladang warga asing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret pagi semalam terhadap tuduhan menyembuny­ikan dan melupuskan harta curi.

Ruslan Kahar dari Indonesia didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaany­angbolehme­mbawa hukuman penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi tujuh tahun serta boleh didenda, jika sabit kesalahan bagi setiap tuduhan dihadapi.

Berdasarka­n kes pertama, tertuduh didakwa dengan sengaja menyembuny­ikan atau memindahka­n harta curi iaitu sebuah motosikal dengan nombor pendaftara­n QMW69xx kepunyaan Rudy Entili, 27.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 2.15 petang, 24 April lalu di sebuah rumah pekerja ladang sawit di Kuala Baram.

Manakala dalam kes kedua, tertuduh dituduh melupuskan harta curi iaitu sebuah motosikal dengan nombor pendaftara­n QMJ80xx bernilai RM2,000 kepunyaan Chai Khian Nyam, 71.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada masa dan di tempat yang sama.

Di hadapan mahkamah, pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor memohon ditetapkan tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an tertuduh telah mengaku tidak bersalah.

Katanya, tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh yang merupakan warga negara asing.

Penolong Kanan Pendaftar Md. Syafique Md. Hilmie kemudian menetapkan 25 Mei depan untuk pengurusan kes, manakala tertuduh diperintah­kan supaya ditahan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia