Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan 20 nelayan Vietnam, rampas dua bot

-

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) merampas dua bot dan menahan 20 awak-awak warga Vietnam kerana menceroboh dan menangkap ikan secara haram di perairan negara, petang kelmarin.

Pengarah Maritim Kuala Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata bot pertama ditahan kira-kira 2.30 petang di sekitar 38 batu nautika dari Kuala Terengganu manakala bot kedua pada 5.08 petang di kedudukan 44 batu nautika dari lokasi sama.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan berumur antara 20 hingga 45 tahun dan selepas diperiksa, hanya tiga daripada mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaa­n lanjut juga mendapati bot tersebut tidak mempunyai lesen atau permit sah untuk menangkap ikan di perairan negara,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah Maritim DM9 Kuala Terengganu semalam.

Selain bot, pihaknya turut merampas hasil tangkapan berupa ikan dan sotong serta lebih 7,000 liter minyak diesel dengan nilai keseluruha­n RM2 juta.

Rahim berkata nelayan tersebut cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mengibarka­n Jalur Gemilang pada tiang bot, tetapi dapat dikesan hasil kecekapan anggota.

“Walaupun mereka mengibarka­n Jalur Gemilang, anggota kita dapat mengecam bot nelayan asing kerana bentuknya yang berlainan dengan bot tempatan.

“Lagipun kami sentiasa melakukan rondaan dan pemeriksaa­n berkala untuk menangani anasir atau ancaman dari luar terutama nelayan asing yang semakin berleluasa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENCEROBOH: Rahim (kanan) memeriksa 20 awak-awak yang ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang disyaki menceroboh perairan negara di dua lokasi berbeza antara 38 hingga 44 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, semalam.
— Gambar Bernama PENCEROBOH: Rahim (kanan) memeriksa 20 awak-awak yang ditahan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) yang disyaki menceroboh perairan negara di dua lokasi berbeza antara 38 hingga 44 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia