Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki nafi tuduhan salah guna dadah

-

MIRI: Mahkamah Majistret memerintah­kan seorang lelaki dibebas dengan jaminan RM9,000 berserta dua penjamin tempatan setelah menafikan tuduhan menggunaka­n dadah berbahaya tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mahkamah kemudian menetapkan 25 Mei depan untuk pengurusan kes.

Wong Chung Wu, 46, dari Shang Garden di sini telah didakwa mengikut Seksyen 15 ( 1) ( a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dibaca bersama Seksyen 39C (1) akta sama serta boleh dihukum di bawah Seksyen 39C (1) ADB 1952 (Penalti Lebih Berat).

Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun serta tidak melebihi tujuh tahun dan sebat tidak melebihi tiga kali, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didakwa menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.15 pagi, 29 Ogos 2016 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon ditetapkan tarikh baharu untuk pengurusan kes memandangk­an tertuduh mengaku tidak bersalah serta minta dibicara lanjut.

Pihak pendakwa turut menawarkan jaminan RM10,000 berserta dua penjamin tempatan kepada tertuduh.

Bagaimanap­un, tertuduh merayu agar jumlah wang jaminan itu dikurangka­n.

Penolong Kanan Pendaftar Md Syafique Md Hilmie membenarka­n permohonan itu dan memerintah­kan tertuduh dibebas dengan jaminan RM9,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia