Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan fasa kedua Kompleks CIDB Sarawak dijangka bermula tahun depan

-

KUCHING: Pembinaan fasa kedua pembanguna­n Kompleks CIDB Sarawak dijangka bermula pada tahun depan.

Mendedahka­n perkara itu, Pengerusi CIDB Malaysia Tan Sri Dr Ir Ahmad Ali berkata, fasa itu akan meliputi pembinaan bangunan baharu yang boleh menempatka­n lebih banyak bengkel latihan Akademi Binaan Malaysia (ABM).

“Selain itu, kita akan menaik taraf bengkelben­gkel latihan sedia ada.

“Dan ini akan meningkatk­an lagi kapasiti ABM untuk memberi peluang lebih ramai lagi belia Sarawak untuk menjalani latihan kemahiran pembinaan di ABM,” katanya.

Ahmad berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pusat Konvensyen CIDB Sarawak (CCCS) di Kuching semalam.

Mengulas lanjut CIDB katanya, akan membina kuarters pekerja untuk kakitangan ABM dan sebuah surau yang akan dapat menampung kapasiti jemaah yang lebih ramai.

Antara lain, pihaknya akan menambah fasiliti sukan dengan menaik taraf dewan lama kepada gelanggang futsal tertutup.

“Pembanguna­n fasa kedua ini juga akan meliputi pembinaan beberapa rumah contoh menggunaka­n Sistem Pembinaan Bersepadu (IBS).

“Ini merupakan salah satu langkah yang diambil untuk mempromosi­kan penggunaan IBS kepada penggiat industri pembinaan di negeri Sarawak,” ujarnya.

Bercakap mengenai program tersebut, Ahmad berkata, pembinaan CCCS merupakan sebahagian daripada projek pembanguna­n fasa satu kompleks tersebut di kawasan seluas 60 ekar.

Menurutnya, ia dimulakan pada 2016 membabitka­n CCCS, bangunan asrama, kemudahan sukan dan riadah dengan nilai RM30 juta.

Tambahnya, CCCS pusat konvensyen kedua dibina CIDB selepas Pusat Konvensyen CIDB di Jalan Chan Sow Lin, Cheras, Kuala Lumpur pada 1997.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia