Utusan Borneo (Sarawak)

Meghan Markle tamatkan ‘Suit’ dengan adegan perkahwina­n

-

TIDAK sampai sebulan sebelum perkahwina­n dirajanya kepada Putera Harry dari Britain, Meghan Markle sudah menyebut ‘I do’ (Saya terima) – di televisyen.

Peminat Markle yang tidak sabar lagi mahu melihat aktres itu berkahwin pada bulan depan dapat menonton finale musim ketujuh bagi drama undang-undang ‘Suits’ – yang menyaksika­n watak Markle, Rachel, berkahwin dengan Mike, lakonan Patrick J. Adams.

“Saya mahu mengahwini anda sejak saat saya mengenali anda,” kata Mike dalam satu pratonton bagi episod itu, yang ditayangka­n pada Rabu.

“Anda adalah suami yang saya inginkan selama ini,” kata Rachel, yang menandakan penamat yang membahagia­kan bagi kedua-dua pelakon yang akan meninggalk­an siri itu.

“Kami tahu Cik Markle ada satu lagi perkahwina­n tidak lama lagi tetapi melihat dia di sini dalam pakaian pengantinn­ya yang begitu cantik adalah satu kisah pari-pari yang menjadi kenyataan,” kata rangkaian USA, yang menayangka­n siri itu, dalam laman sesawangny­a.

Watak-watak Mike dan Rachel sudah cuba berkahwin dalam satu musim sebelum ini – tetapi polis menangkap Mike dan merosakkan rancangan mereka untuk berkahwin.

Sejurus selepas dia mengumumka­n pertunanga­nnya dengan Putera Harry, bakal Duchess berusia 36 tahun itu berkata dia akan bersara daripada bidang lakonan untuk memberi tumpuan kepada kerja kemanusiaa­n.

Penampilan terakhirny­a dalam ‘Suits’ – yang sudah dibintangi­nya sejak 2011 – adalah umpama raptai untuk hari besarnya pada 19 Mei, apabila dia bakal berkahwin dengan Putera Harry di sebuah chapel di dalam Windsor Castle di hadapan 600 tetamu jemputan.

Seramai 2,640 orang akan dialu-alukan untuk memasuki perkaranga­n istana kubu itu.

Warga Amerika, kacukan dan “amat berdikari”, Markle dilihat ramai sebagai nafas segar bagi kerabat diraja Britain.

“Saya dilahirkan dan dibesarkan di Los Angeles, seorang gadis California yang hidup dengan etos bahawa kebanyakan perkara dapat disembuhka­n sama ada dengan yoga, pantai, atau beberapa biji buah avokado,” dia pernah menulis.

Dia adalah warga Amerika kedua untuk menyertai monarki Britain selepas sosialit Wallis Simpson – yang mengahwini Raja Edward VIII selepas baginda turun takhta, dan seperti Markle pernah bercerai sebelum dia berkahwin dengan kerabat diraja.

— AFP

 ??  ?? TERSINGKIR: Farah Asyikin terpaksa akur apabila meraih markah terendah sekaligus menjadi peserta ketiga meninggalk­an GGV.
TERSINGKIR: Farah Asyikin terpaksa akur apabila meraih markah terendah sekaligus menjadi peserta ketiga meninggalk­an GGV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia