Utusan Borneo (Sarawak)

Parlimen Sibu harus kembali kepada BN

BN akan bekerja keras untuk kemenangan di kerusi Sibu pada PRU14 ini, kata Wong

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Barisan Nasional (BN) akan bekerja keras untuk kemenangan di kerusi Parlimen P212 Sibu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata, BN perlu menang di Sibu setelah berada di bawah pemerintah­an pembangkan­g hampir dua penggal lepas.

“Kita akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan BN di Parlimen P212 Sibu,” ujarnya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di pusat penamaan calon P.212 Sibu di Dewan Suarah Sibu, semalam.

Terdahulu beliau mengiringi anaknya Dato Andrew Wong Kee Yew mengemu-

“Kita akan bekerja keras untuk “memastikan kemenangan BN di Parlimen P212 Sibu. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n

kakan borang pencalonan bagi bertanding di Parlimen P.212 Sibu.

Turut mengiringi ialah Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi merangkap ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee dan ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua menyeru pengundi di Parlimen P.211 Lanang memberi sokongan padu kepada calon BN bagi kerusi terbabit Kelvin Kong.

“Ini penting agar kedua-dua mereka (Andrew dan Kelvin) dapat bekerjasam­a sebagai satu pasukan untuk membawa Sibu ke hadapan dan membangunk­an lagi bandar ini,” jelasnya.

Parlimen P.212 Sibu menyaksika­n pertarunga­n empat penjuru antara calon BN yang diwakili Andrew Wong, Oscar Ling (DAP), Jamie Tiew (SPP) dan Simon Tiong (STAR).

Ketika ditemui pemberita, Andrew berkata, beliau tenang menghadapi sebarang kemungkina­n pada PRU14 ini, terutama saingan sengit daripada calon DAP.

Beliau memberitah­u telah menemui penduduk dan pen- gundi di kebanyakan kawasan luar bandar di Parlimen Sibu, yang merangkumi DUN Bawang Assan, Nangka dan Pelawan.

“Kawasan yang amat penting adalah kawasan bandar yang akan menentukan keputusan pilihan raya di Sibu ini,” jelasnya.

Sementara itu, Ling menyifatka­n kerusi Parlimen Sibu merupakan kerusi yang boleh dimenangi DAP.

Untuk membolehka­n DAP menang katanya, beliau menyeru pengundi keluar beramai-ramai menunaikan tanggungja­wab mereka pada 9 Mei ini.

“Kita menyeru pengundi keluar mengundi beramairam­ai bagi memberi peluang 50-50 kepada DAP untuk memenangi kerusi ini.

Ling juga berkata, jika kurang 80 peratus pengundi keluar mengundi, keputusan tidak akan memihak kepada DAP.

Bagi calon SPP Jamie Tiew, beliau menyeru pengundi memberi peluang kepadanya memperjuan­gkan hak- hak penduduk Sarawak.

“Sudah tiba masanya untuk penduduk Sarawak bangkit dan menuntut hak-hak mereka,” jelasnya yang tidak gentar dengan saingan calon lain.

Sementara Simon Tiong yang mewakili STAR berkata, beliau tidak meletakkan harapan terlalu tinggi pada PRU ini.

Namun katanya, beliau bertanding kerana itu adalah impian beliau selama ini.

“Ini juga adalah keputusan parti untuk bertanding pada pilihan raya, bagi memberitah­u orang ramai terutama tentang usaha kami memperjuan­gkan MA63,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia