Utusan Borneo (Sarawak)

Nogeh berharap pengundi di Mas Gading terus menyokong BN

-

BAU: Calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Mas Gading Datuk Anthony Nogeh Gumbek berharap rakyat amnya pengundi di kawasan ini akan terus memberi sokongan kepada BN pada hari pengundian 9 Mei ini.

Nogeh yang ditemui selepas pengumuman calon bertanding di Pusat Penamaan Calon Parlimen Mas Gading di Dewan Suarah Bau di sini semalam berkata sebagai penyandang beliau telah menyumbang banyak di kawasan berkenaan.

Justeru beliau berharap rakyat amnya pengundi di kawasan ini akan mengingati sumbangan serta usaha yang telah beliau lakukan untuk mereka dengan menterjema­hkan dalam bentuk undi.

“Saya telah turun padang ke 80 peratus daripada kawasan parlimen ini dalam tempoh lima tahun ini dan jentera kami mempunyai 11 hari lagi untuk berkempen dan bertemu dengan rakyat.

“Sebagai penyandang saya telah melakukan banyak di Mas Gading dan saya berharap rakyat akan mengingati apa yang telah saya lakukan untuk mereka,” kata Nogeh yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas.

Ditanya mengenai tempoh 11 hari berkempen, Nogeh berkata ia cukup untuk beliau dan jenteranya turun padang bertemu dengan rakyat di kawasan ini sebelum hari pen- gundian nanti.

“Kami dalam BN tidak hanya turun padang masa berkempen tetapi inilah yang telah kami lakukan sepanjang tempoh lima tahun ini.

“Anda sendiri tahu saya komited dalam mempromosi­kan tanaman durian Musang King dan juga nanas MD2 di kawasan ini dan banyak lagi projek lain.

“Jadi tempoh 11 hari berkempen ini adalah lebih untuk kami mengekalka­n momentum bersama rakyat,” katanya.

Berhubung pertembung­an satu lawan satu dengan pencabar lamanya Mordi Bimol daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP), Nogeh berkata keduadua mereka sudah menjang- kakan calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Patrick Anek Uren akan menarik diri pada saat akhir.

Justeru katanya, pertanding­an pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini menyaksika­n pertanding­an antara beliau dan Mordi bagi merebut kerusi Mas Gading.

Ini merupakan kali kedua Nogeh bertanding di kerusi Mas Gading selepas memenangin­ya buat pertama kali pada PRU13 dengan majoriti 2,156 undi.

Nogeh yang memperoleh­i 8,265 undi menewaskan calon bebas Datuk Dr Tiki Lafe (6,109 undi), calon DAP Mordi Bimol (5,293 undi) dan calon STAR Patrick Anek Uren (462 undi).

 ??  ?? PENUH YAKIN: Nogeh (enam kiri) tiba di Pusat Penamaan Calon P.192 Mas Gading di Dewan Suarah Bau semalam bersama kira-kira 2,000 penyokong. Turut mengiringi Nogeh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep (lima kiri) dan...
PENUH YAKIN: Nogeh (enam kiri) tiba di Pusat Penamaan Calon P.192 Mas Gading di Dewan Suarah Bau semalam bersama kira-kira 2,000 penyokong. Turut mengiringi Nogeh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep (lima kiri) dan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia