Utusan Borneo (Sarawak)

Pertembung­an semula buku dengan ruas di Miri

Dr Teo tetap yakin kemunculan­nya masih relevan, Sebastian berazam melakukan yang terbaik

- Oleh Clare Cinderella, Steve Annuar dan Rosemaria Buma

MIRI: Kerusi Parlimen Miri, salah satu kerusi panas di utara negeri ini, kali ini menyaksika­n pertembung­an semula buku dengan ruas di antara calon PKR dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini, seperti yang berlaku pada PRU13 lepas.

Di sebalik pergolakan isu calon yang sedikit sebanyak mencalarka­n kredibilit­i calon PKR di kerusi Parlimen P.219 Miri, Dr Michael Teo tetap yakin kemunculan beliau kali ini masih relevan kepada parti itu dan Pakatan Harapan.

Bercakap kepada Utusan Borneo ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon P.219 Miri di Dewan Suarah Miri, semalam, beliau melahirkan keyakinan untuk memenangi semula pertanding­an kali ini, sekali gus mengekalka­n kerusi Miri menjadi milik PKR.

“Selepas pertanding­an pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu dan berdepan dengan pelbagai cabaran pada setiap kali pilihan raya, kali ini saya lebih yakin untuk berhadapan semula dengan lawan lama saya (calon Barisan Nasional Datuk Sebastian Ting) dan seterusnya memenangi semula kerusi Miri.

“Pada saya ia lawan yang sama di pertanding­an yang sama dan percaturan saya juga sama, cuma kali ini saya lebih bersedia,” katanya.

Dr Teo memberitah­u bahawa beliau telah bekerja keras sejak beberapa tahun lalu untuk menghadapi pilihan raya kali ini, bertemu dengan rakyat malah telah melabur dan menghabisk­an wang ringgit yang banyak untuk membantu rakyatnya.

Sementara calon BN, Se- bastian menganggap PRU14 tidak mudah untuk beliau, namun akan melakukan yang terbaik.

“Saya sudah melakukan yang terbaik dan rakyat juga telah melihat situasi di Miri sejak lima tahun lalu (selepas PRU13) dan saya yakin mereka cukup matang untuk menilainya.

“Kini terpulang kepada rakyat sama ada mahu mengundi siapa dan mahu membangun dengan siapa.

“Kita sudah lihat apa yang berlaku lima tahun lalu, kini sudah tiba masa untuk mereka memilih semula,” jelas Sebastian.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya P.219 Miri Morshidi Frederick, yang melakukan semakan ke atas pencalonan kedua-dua mereka semalam memberitah­u bahawa beliau berpuas hati dan menerima kedua-dua pencalonan berkenaan diikuti pengumuman rasmi pada jam 10.33 pagi.

Morshidi mengesahka­n menerima borang pencalonan Sebastian pada jam 9.04 pagi dengan diiringi pencadang Sim Hock Guan dan penyokong Mohamad Sardon Zainal.

Manakala lawan beliau, Dr Teo yang masuk ke pusat penamaan bersama pencadang, Noriah Takimon dan penyokong Ngo Li Peng, menyerahka­n borang penamaanny­a pada jam 9.09 pagi.

Pada pertembung­an kali pertama kedua-dua calon ini lima tahun lalu pada PRU13, Dr Teo menewaskan Sebastian dengan majoriti 1,992 undi.

Dr Teo memperoleh­i 26,909 undi manakala Sebastian memperoleh­i 24,917 undi sementara calon Parti Reformasi Sarawak (STAR) Chong Kon Fatt hanya memperoleh 306 undi sekali gus hilang wang pertaruhan.

“Saya sudah melakukan yang terbaik dan rakyat juga telah melihat situasi di Miri sejak lima tahun lalu (selepas PRU13) “dan saya yakin mereka cukup matang untuk menilainya. Datuk Sebastian Ting Calon BN Parlimen Miri

 ??  ?? SATU LAWAN SATU: Pertembung­an semula di antara Sebastian (kiri) dan Dr Teo di kerusi Parlimen Miri.
SATU LAWAN SATU: Pertembung­an semula di antara Sebastian (kiri) dan Dr Teo di kerusi Parlimen Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia