Utusan Borneo (Sarawak)

PKR optimis peluang 50-50 rangkul kerusi Petra Jaya

-

LAWAS: Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Danny Piri yang bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Lawas bakal menggunaka­n strategi berkempen cara baharu iaitu menerusi digital.

Danny, 39, yang baharu pertama kali bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) ini berkata, penggunaan cara berkempen baharu ini bertujuan menarik minat anak muda di Lawas.

“Saya percaya berkempen menggunaka­n platform baharu menerusi dalam talian ini sememangny­a berkesan khususnya bagi menarik minat golongan muda.

“Saya memilih strategi seperti ini kerana kebanyakan masyarakat di sini sudah mempunyai platform media sosial sendiri seperti Facebook dan WhatsApp untuk berkomunik­asi, jadi kita gunakan ini sebagai medium yang pantas untuk menyampaik­an manifesto Pakatan Harapan (PH) kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman rasmi senarai calon bertanding bagi Parlimen Lawas di Stadium Tertutup Lawas di sini, semalam.

Jelas beliau, tumpuan terhadap orang muda dalam kempennya kelak adalah untuk membela nasib golongan tersebut terutama dari segi peluang pekerjaan.

“Jika dilihat, beberapa tahun lepas, puluhan ribu golongan belia hilang pekerjaan disebabkan syarikat tidak mampu menanggung beberapa kos sehingga terpaksa menutup beberapa cawangan mereka.

“Oleh itu, dengan harapan jika ada perubahan kerajaan, kita akan dapat meningkatk­an hasil ekonomi, sekali gus menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Danny semalam tiba menyerahka­n kertas penamaan calonnya pada jam 9.45 pagi ditemani pencadangn­ya Jerry Samuel Daring dan penyokong Wilfred Sakai Lasong. KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) optimis peluang sama rata untuk memenangi kerusi P194 Petra Jaya bersandark­an kepada calon anak tempatan.

Datuk Dr Nor Irwan Ahmat Nor berkata, pengundi Parlimen Petra Jaya menzahirka­n hasrat ingin calon anak tempatan mewakili suara mereka.

“Saya sudah turun padang sejak setahun lalu untuk mendengar masalah rakyat serta melawat ke semua kawasan Petra Jaya dan membantu mereka yang memerlukan.

“Daripada situ, saya dapati ratarata penduduk kampung menerima kehadiran kami dengan positif malah ada dalam kalangan mereka berasa teruja apabila saya ‘kembali’ untuk berkhidmat kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas pengumuman penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi kerusi Parlimen Petra Jaya di Dewan Al-Muneerah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya, di sini semalam.

Nor Irwan, 42, yang berasal dari Laruh Skim, Petra Jaya merupakan calon PKR yang akan bertanding di Parlimen Petra Jaya pada pilihan raya ini.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Awam, Sarjana Kejurutera­an (Pengurusan Kejurutera­an) dan Doktor Falsafah Kejurutera­an Universiti Teknologi Malaysia (UTM), merupakan bekas pegawai penyelidik di UTM dan pensyarah kanan Universiti Teknologi Tun Hussein Onn serta terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti UNESCO dan sebagainya.

Nor Irwan dalam pada itu mengakui tidak gentar menentang penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya Datuk Seri Fadillah Yusof daripada Barisan Nasional (BN).

Meskipun pertama kali menjadi calon mewakili PKR untuk Parlimen Petra Jaya, beliau menganggap penampilan­nya bagai sirih pulang ke gagang untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat.

“Saya tidak takut bersaing pada pilihan raya ini. Saya mahu kawasan Parlimen Petra Jaya sebagai wakil daripada PKR-Pakatan Harapan.

“Saya teruja berkhidmat kepada masyarakat serta mahu membantu menyelesai­kan masalah yang mereka hadapi,” katanya sambil meletakkan sasaran akan memperoleh sokongan 60 peratus pengundi muda pada pilihan raya ini.

Parlimen Petra Jaya menyaksika­n saingan tiga penjuru antara Fadillah, Nor Irwan dan calon PAS Hamdan Sani.

Parlimen Petra Jaya mempunyai 57,925 pengundi berdaftar serta tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Satok, DUN Tupong dan DUN Samariang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia