Utusan Borneo (Sarawak)

Untung bersih Ecofirst Consolidat­ed meningkat kepada RM4.45 juta

-

KUALALUMPU­R: Ecofirst Consolidat­ed Bhd mencatat keuntungan bersih melebihi tiga kali ganda kepada RM4.45 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Mei, 2018 berbanding RM1.25 juta pada tempoh sama, tahun lepas.

Perolehann­ya turut meningkat kepada RM35.3 juta berbanding RM32.05 juta, sebelum ini.

Dalam satu kenyataan Khamis lalu, Ecofirst Consolidat­ed menyifatka­n prestasi lebih baik itu didorong oleh jualan menggalakk­an bagi pembanguna­n fasa pertama projek utamanya, Liberty@Ampang Ukay, di Selangor.

“Fasa pertama Liberty@Ampang Ukay telah berjaya dijual sepenuhnya kerana memberi nilai kepada pembeli rumah pertama, khususnya kalangan profesiona­l muda yang bekerja di bandar.

“Kamipercay­apermintaa­n kukuh itu akan berterusan bagi fasa seterusnya projek itu berikutan faktor lokasi strategikn­ya serta aspek rangkaian perhubunga­n yang amat baik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tiong Kwing Hee.

Setakat April tahun ini, beliau berkata Ecofirst Consolidat­ed mencatat jualan yang belum direkodkan sebanyak RM356.5 juta.

Tanah Ecofirst Consolidat­ed di Ampang Ukay meliputi kawasan seluas kirakira 35.2 hektar dengan nilai anggaran kasar sebanyak RM5 bilion.

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih Ecofirst Consolidat­ed telah melonjak lebih empat kali ganda kepada RM35.5 juta daripada RM8.35 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Perolehan syarikat itu turut meningkat hampir dua kali ganda kepada RM120.52 juta daripada RM61.65 juta, sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia